BruneiAstronomy
Astronomy & Falak Syarie in Brunei Darussalam

Oleh Shahir Akram Hassan & Mohd Shukri Hanapi
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6532661 Faks: 04-6532124
E-mail: shahirakram@usm.my / shahir_isdev@yahoo.com

Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan yang bertajuk Pengaplikasian Rukyah dan Hisab di Asia Tenggara [(RUI)1001/CISDEV/816269] dan telah dibiayai oleh Geran Research University Individual (RUI), Universiti Sains Malaysia (2015โ€“2016).


Abstrak

Perkara berkaitan agama di sesebuah negara kebiasaannya diletakkan di bawah kuasa Sultan atau pemerintah. Setiap negara mempunyai institusi agama bagi melaksanakan urusan agama tersebut. Antara perkara yang termasuk dalam urusan agama itu ialah penentuan awal Syawal. Dalam menentukan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam pasti terdapat prosedur operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan. Persoalannya, apakah SOP penentuan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam? Di bawah enakmen manakah SOP tersebut diperuntukkan? Siapakah yang terlibat menjalankan SOP tersebut? Untuk menjawab semua persoalan ini, kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti SOP penentuan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam; kedua, menganalisis aplikasi SOP dalam penentuan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam. Bagi mencapai objektif-objektif ini, kajian kualitatif ini mengguna pakai kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual pakar dalam pengumpulan data. Semua data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya, kertas kerja ini merumuskan bahawa SOP penentuan awal Syawal berasaskan Mimbar Fatwa 5 Negara Brunei Darussalam, dan diperuntukkan di bawah Bab 29 Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah 1998. Ketua Hakim Syarie bertanggungjawab untuk merukyah anak bulan dengan bantuan Ketua Hakim Daerah, Jabatan Ukur dan Pegawai Hal Ehwal Agama. Disebabkan Negara Brunei Darussalam hanya menggunakan kaedah rukyah sahaja, maka ia mempunyai SOP yang tersendiri bersesuaian dengan asas fatwa dan akta yang diperuntukkan.

 

 

Download Here:ย PROSEDUR OPERASI PIAWAI SOP DALAM PENENTUAN SYAWAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.