هُوَ ٱلَّذِی جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِیَاۤءࣰ وَٱلۡقَمَرَ نُورࣰا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِینَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَ ٰلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ یُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan Dialah yang menetapkan bagi kedua-dua manazil (tempat-tempat perjalanan dan peredaran) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan Kiraan masa. tidaklah Allah menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq (ada hikmah dan faedah). Dia menjelaskan satu persatu tanda-tanda kebesaranNya bagi kaum yang mengetahui (Surah Yunus ayat 5)

֍ Pendahuluan
Sejarah Penggunaan rubu’ di percayai bermula sebelum kurun ke-8 masihi. Al-Khawarizmi (770 – 840) merupakan antara orang yang memanfaatkan alat ini dalam hitungan waktu solat. Antara kitabnya ialah Kitab at-Tarikh dan Kitab Surat al-Ard. Abu Raihan al-Biruni (973-1048) turut mempopularkan Rubu’ Mujayyab pada zamannya untuk mengukur ardul balad dan thul balad.
Apakah dia Rubu’ Mujayyab? Dari sudut bahasa, rubu‘ bermaksud seperempat. Jayb bermaksud kocek baju, poket atau saku. Al-Biruni mentakrifkan jayb sebagai sine. Dalam bahasa Inggeris, rubu‘ mujayyab disebut sebagai quadrant manakala dalam bahasa Melayu, disebut sebagai kuadran. Selain itu, rubu‘ mujayyab juga disebut sebagai sukuan sinus (rujukan Nurul Huda Ahmad Zaki; Mohd Zambri Zainuddin; Abdul Karim Ali; Raihana Abdul Wahab; Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi; Muhammaddin Abdul Niri; Khadijah Ismail. The Determination of Subuh Prayer Time by using Rubu‘ Mujayyab in Malaysia. 2014).
Dari sudut istilah pula, rubu‘ mujayyab ditakrifkan sebagai sejenis alat tradisional falak (astronomi) yang dicipta khusus untuk pengukuran sudut dan waktu. Antara takrifan oleh ahli-ahli falak adalah:
- Ibn Syatir (1306-1375): Rubu‘ mujayyab sebagai alat yang diperbuat sama ada daripada tembaga atau kayu untuk tujuan pengukuran waktu. Pada rubu‘ mujayyab terciptanya bola langit serta pada alat ini terdapat tujuh belas garisan yang dapat diketahui waktu-waktu. Rubu‘ mujayyab yang sempurna digunakan untuk menentukan waktu-waktu dalam Islam iaitu waktu solat, arah kiblat dan awal bulan Islam.
- Susiknan: Rubu‘ mujayyab (2005) ialah alat untuk menghitung fungsi goniometris yang sangat berguna untuk memprojeksikan peredaran benda langit pada lingkaran vertical. Selain itu, rubu‘ mujayyab juga merupakan sejenis alat penting yang digunakan dalam ‘ilm al-miqat untuk hitungan waktu solat, arah kiblat dan hitungan awal bulan Islam.
- Baharrudin Zainal: Rubu‘ mujayyab sebagai peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung fungsi trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini merupakan sebahagian daripada astrolab.
Apakah fungsi Rubu’ Mujayyab? Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan di atas, dapat dirumuskan bahawa dari sudut bahasa, rubu‘ mujayyab ialah seperempat bulatan. Manakala dari sudut istilah, rubu‘ mujayyab merupakan sejenis peralatan astronomi yang digunakan dalam sesuatu hitungan khususnya waktu solat, arah kiblat dan awal bulan Islam.
Cabaran Alatan Falak Tradisional Sekarang, Rubu’ Mujayyab merupakan alatan tradisional yang hampir pupus disebabkan transformasi peralatan berteknologi dengan pengukuran dan pengiraan moden dan berkomputer. Oleh itu, usaha untuk memahami kepentingan rubu’ mujayyab dan menghargai manfaat alatan tersebut wajar dipertingkatkan agar warisan kehebatan alatan falak ini tidak hilang dan dilupakan oleh generasi sekarang֎
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Matahari dan Bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
(Surah Ar-Rahman ayat 5)
📌 Bengkel Penggunaan Peralatan Falak Tradisional Rubu‘ Mujayyab
📅 Hari Khamis hingga Sabtu
📆 25 hingga 27 November 2021 bersamaan 20 hingga 22 Rabiulakhir 1443H
🕢 7.45 malam – 10.30 malam
💻 Secara Dalam Talian melalui Zoom Online
👨🏫 Pemudahcara oleh Yang Mulia Ustaz Anuar bin Arifin, Pengiat Instrumen Rubu‘ Mujayyab, Pejabat Agama Daerah Butterworth Pulau Pinang, Malaysia
💲 Penyertaan Percuma! Jumlah penyertaan adalah terhad.
🗨 Terbuka kepada orang awam, pelajar sekolah & agensi kerajaan khususnya yang berminat dalam bidang falak syarie
🌐 Laman Web Bengkel: bruneiastronomy.org/rubumujayyab📑 Borang Pendaftaran: https://forms.gle/cK4id6nphU4P4V396

֍ Objektif Program
Adapun objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari aplikasi instrumen falak tradisional khususnya Rubu’ Mujayyab dalam usaha melestari keunggulan ilmu dan khazanah Islam. Di samping itu, ia adalah bagi memajukan dan memantapkan bidang astronomi terutamanya astronomi Islam (falak syarie) di Negara Brunei Darussalam֎
֍ Kandungan Bengkel
Kursus itu bertujuan bagi memberi pendedahan asas secara teori dan latihan praktikal menggunakan instrumen Rubu’ Mujayyab. Untuk memantapkan kefahaman peserta, kerja-kerja latihan praktikal kendiri untuk dilakukan pada siang hari juga akan diberikan. Bengkel mengandungi topik-topik yang menarik seperti berikut:
- Pengenalan Alatan Falak Tradisional
- Kaedah Mendapatkan Waktu (Jam) dengan menggunakan Rubu’ Mujayyab
- Penyelesaian Hitungan Trigonometri
- Mengukur Saat Matahari Tegak Di Atas Kepala
- Mengetahui Latitud & Longitud Negeri
- Menghitung Waktu Solat
- Menghitung Arah Kiblat
Bagi peserta yang tiada terdapat rubu’ mujayyab, peralatan ini boleh dihasilkan sendiri (DIY) dengan mencetak rubu’ mujayyab (templat akan disediakan) pada kertas yang tebal serta diikat benang bersama pemberat pada rubu’ sebelum kursus֎
֍ Biodata Pemudahcara
Ustaz Anuar bin Ariffin pernah bertugas di Bahagian Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang selama 10 tahun. Sekarang beliau ditugaskan di Pejabat Agama Daerah Butterworth Pulau Pinang.
Beliau telah mendapatkan pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan merupakan pemegang Sijil Falak KUSZA tahun 2006. Beliau didapati sangat aktif mengajar kursus-kursus falak atas jemputan di kolej-kolej, sekolah-sekolah dan masjid-masjid di seluruh Malaysia֎
֍ Pendaftaran
Bengkel adalah dibukakan kepada orang awam khususnya yang berminat dalam bidang falak syarie serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan falak/astronomi dan para pelajar sekolah. Penyertaan adalah percuma dan jumlah peserta adalah terhad֎
Sila daftar bagi penyertaan mengikuti bengkel melalui pautan: https://forms.gle/cK4id6nphU4P4V396
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Jumaat, 19 November 2021.
Setelah pendaftaran, jika penyertaan awda berjaya diterima, e-mel daripada pihak penganjur mengenai maklumat bengkel bagi pautan (link) Zoom dan arahan selanjutnya akan dihantar sebelum bengkel bermula.
֍ Detik Majlis Perasmian Penutup Bengkel
֍ Program Bengkel

֍ Hubungi Kami
Urusetia & Pendaftaran Peserta:
▪ Nur Bazilah binti Zainal Abidin (Exco PABD)
📧 nurbazilah@bruneiastronomy.org
▪ Hamzah bin Awang Haji Jali (PABD)
📧 hamzah@bruneiastronomy.org | 📱
Setiausaha:
▪ Pengiran Shahdani bin Pengiran Anom (Timbalan Setiausaha I PABD)
📧 shahdani@bruneiastronomy.org | 📱
֍ Bahan-Bahan Bengkel
a. Pautan (Link) Zoom | Dimaklumkan melalui e-mel peserta |
b. Background Bengkel untuk Zoom | Muat turun (Wide HD Cam- Recommended) |
c. Nota Rujukan Bengkel & Slaid Bengkel | Muat Turun (Kemaskini) Muat turun* |
d. Templat Rubu’ Mujayyab (Untuk dicetak oleh peserta sebelum bengkel bagi yang tiada memiliki alatan Rubu’) | Muat turun (pdf ~10MB, Cetak pada saiz kertas A4 & ditempel ke kertas tebal/styrofoam/kadbod) Ikuti arahan bagi menghasilkan sendiri Rubu’ Mujayyab (Youtube Video) |
e. Untuk hari kedua bengkel, dipohonkan peserta menyediakan: | ▪️Benang untuk dijadikan muri ▪️Pembaris 30cm yang jernih ▪️Kalkulator saintifik |
f. Borang Penilaian Bengkel | Untuk diisi oleh peserta* |
g. Poster Bengkel (pdf) | Muat turun Poster 1 – 18 Nov 2021 |
h. Borang pendaftaran bengkel | Maaf kuota penertaan telah penuh |

֍ Teks Ucapan Majlis Perasmian Bengkel oleh Pemangku Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
֍ Siaran Media
֍ Galeri Foto & Video Bengkel
📸 Hari Pertama Bengkel (25 November 2021)
֍ Video Majlis Perasmian Bengkel oleh Pemangku Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri (Klik Sini)










📸 Hari Kedua Bengkel







📸 Hari Ketiga Bengkel
֍ Video Majlis Perasmian Penutup Bengkel oleh Yang Dipertua Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (Klik Sini)







֍ Senarai Peserta Bengkel
Nama Peserta | Organisasi | |
---|---|---|
1 | Abbi'Abrara'Salsabila Binti Haji Zaini | SM Sufri Bolkiah Tutong |
2 | Abdul Hafiz Bin Asbol | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
3 | Abdul Hakim Bin Bakar | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
4 | Abdul Waliyuddin Yahya | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
5 | Afiqah Nabilah Binti Ahmad | Politeknik Brunei |
6 | Ahmad Hariz Bin Bely | Astronomi UniSZA |
7 | Amalina Binti Awang Haji Junggal | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
8 | Andi Muh. Akhyar, M.Sc. | School of Indonesian Islamic Astronomy |
9 | Asiah Binti Husain | Persendirian |
10 | Awang Abdul Aziz Bin Haji Abdullah | Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Ugama |
11 | Awang Hayatuddin Bin Haji Moksin | Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
12 | Awang Mohd Shah Bin Hj Taip | Hakim Mahkamah Rendah Syariah |
13 | Awang Muhaimin Bin Awang Hj Damit | Pegawai Ugama, Jabatan Kehakiman Negara |
14 | Awg Amalularifin Bin Junih | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
15 | Awgku Mohammad Faiz Fakhri Bin Pengiran Zainal Abidin | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
16 | Azman Bin Hj Kassim | Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan |
17 | Dk Kemariah Pg Hj Duraman | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
18 | Dr Hj Mohammed Hussain Bin Pehin Penyurat Hj Ahmad | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam / BKISHHB |
19 | Dr Sairin Salleh | Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor |
20 | Exzayrani Awang Sulaiman | Universiti Brunei Darussalam |
21 | Farah Laila Nabilah Abdullah Chia | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
22 | Farihah Amali Junaidi | PPI |
23 | Farzana Binti Azman | Mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
24 | Fatin Izzati Binti Hilmi | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
25 | Hajah Nur Farhanah Binti Haji Sulaihe | Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
26 | Hajah Siti Khadijah Mariah Binti Haji Abu Samah Shukri | Persendirian |
27 | Haji Amynoor Bin Haji Md Yaakub | Jabatan Hal Ehwal Ugama |
28 | Haji Eddy Sumardi Bin Haji Jublee | Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan |
29 | Haji Hairulazmi Bin Abdullah | Pegawai Ilmu, Jabatan Mufti Kerajaan |
30 | Haji Mahadi Bin Haji Mohd Tahir | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
31 | Haji Md Syahiran Bin Hj Md Sofian | Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan |
32 | Haji Mohammad Faez Bin Haji Jaini | Mahasiswa UTB |
33 | Haji Mohammad Sahrulazmi Tengah | Kementerian Pendidikan |
34 | Haji Muhamad Syasuandi Bin Haji Abu Bakar | Persendirian |
35 | Haji Muhammad Ruzaini Bin Haji Mohd Daud | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
36 | Hamzah Bin Awang Haji Jali | Universiti Islam Sultan Sharif Ali / PABD |
37 | Hazarry Bin Haji Ali Ahmad | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
38 | Hj Khairul Abidin Bin Hj Sulaiman | Jabatan Ukur |
39 | Hj Mohammad Eddy Iswardi Bin Haji Bangok | Jabatan Ukur |
40 | Hj Mohd Azri Ibrahim | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
41 | Hjh Salwa Dato Hj Mahalle | Universiti Brunei Darussalam |
42 | Ibnor Azli Ibrahim | Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
43 | Irman Bin Daud | Persendirian |
44 | Jamri Jaafar | Persendirian |
45 | Loo Kuan Look | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
46 | Maizatul Akhmam Binti Ramli | Ma'had Islam Brunei |
47 | Mb Mazalan Bin Zaini | Jabatan Pertanian |
48 | Mohamad Anuar bin Alias | |
49 | Mohamad Hamdini Bin Haji Abdul Kadir | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
50 | Mohamad Khairul Harith Bin Hamidoon | Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri |
51 | Mohamad Nur Raziqqien Bin Abu Bakar | Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah |
52 | Mohamad Salleh Bin Hasbi | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
53 | Mohammad Fadzil Bin Haji Mohd Izzuddin | Pasukan Polis Diraja Brunei |
54 | Mohammad Husaini Bin Ali Hassan | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
55 | Mohd Aminul Izzat Bin Mohd Asri | Lianfeng investment sdn bhd |
56 | Mohd Shahrulnizam Md Saad | Persendirian |
57 | Mohd Zul Shafie Mohd Sofian | SM Sayyidina Othman |
58 | Muhamad Basthami Bin Abdullah | MAAHAD SAINS TOK GURU, KELANTAN |
59 | Muhammad Akbarul Humam | Program Studi Ilmu Falak UIN Sunan Ampel Surabaya |
60 | Muhammad Arif Bin Kassim | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
61 | Muhammad Azhar Bin Affandi | Politeknik Brunei |
62 | Muhammad Haziman Bin Othman | Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
63 | Muhammad Hidayatullah Bin Awang Ahmad | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
64 | Muhammad Khairul Rafi’uddin Bin Haji Omar Ali Ra’aie | Persendirian |
65 | Muhammad Saufi Bin Haji Muhammad Hasrin | Institute of Brunei Technical Education (IBTE) |
66 | Muhammad Taufiq Bin Hamdani | Universiti Teknologi Brunei |
67 | Muhammad Zainul Hamdi Haji Alladin | Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan |
68 | Muhd Najib Akmal Bin Haji Abd Rahman | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
69 | Najla Syazwana Binti Haji Muhammad Salleh | Politeknik Brunei |
70 | Najwa Hayati Binti Haji Ismail | Persendirian |
71 | Noorilham Bin Mohamad Tahir | Persendirian |
72 | Norimah Binti Haji Abdul Karim | Universiti Teknologi Brunei |
73 | Norjinah Mahmud | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
74 | Normaziah Binti Aspar | Politeknik Brunei |
75 | Norshanita Erni Hj Tarip | Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam |
76 | Nur Aqilah Basirah Binti Mohammad Ariffin | Politeknik Brunei |
77 | Nur Bazilah Binti Zainal Abidin | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
78 | Nur Farzana Binti Omar Ali | MindWell |
79 | Nur Iffah Farwizah Binti Anuar | Persendirian |
80 | Nurul Efazilla Binti Kafli | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
81 | Nurul Mum'tazahtul Ain Binti Haji Idris | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
82 | Nuryanie Binti Mohd Sallih | Universiti Brunei Darussalam |
83 | Nuur Rafhannah Binti Muhammad Kamree | Institute of Brunei Technical Education (IBTE) |
84 | Pengiran Haji Zamiri Bin Pengiran Haji Jamaludin | Pegawai Ilmu, Jabatan Mufti Kerajaan |
85 | Pengiran Mohammad Wafi Bin Pengiran Haji Abdul Rahim | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
86 | Pengiran Muhammad Fauzisalihin Bin Pengiran Salleh | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
87 | Pg Dr. Khairul Rijal Bin Pg Haji Abdul Rahim | Universiti Brunei Darussalam |
88 | Pg Shahdani Bin Pg Anom | Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam |
89 | Rosmainy Bin Omar | Ahli Persatuan Falak Negeri Selangor |
90 | Shaifulbahri Bin Haji Ahmad | Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama |
91 | Siti Aisah Binti Haji Duraim | Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
92 | Siti Khadizah Hj Abdullah | Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan |
93 | Siti Nor Anis Nadiah Binti Haji Mohamad | Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
94 | Tiffany Chong Zhi Feng | Institute of Brunei Technical Education (IBTE) |
95 | Ustaz Mohammad Fazalley Hj Hidup | Universiti Teknologi Brunei |
֍ Anjuran Bersama
Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD)
pabd@bruneiastronomy.org
Web: www.bruneiastronomy.org
Facebook: @bruneiastronomy
Instagram: @bruneiastronomy
Telegram: t.me/bruneiastronomy
֍ Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja
Pengerusi Bersama:
YM Hj Mahadi bin Hj Mohd Tahir (Yang Dipertua PABD)
YM Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (Pemangku Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri)
Timbalan Pengerusi:
YM Ustaz Hj Abd Aziz bin Hj Akop (Naib Yang Dipertua PABD)
Setiausaha Bersama:
YM Hazarry bin Haji Ali Ahmad (Setiausaha Agong PABD)
YM Pengiran Shahdani bin Pengiran Anom (Timbalan Setiausaha I PABD)
Bendahari:
YM Ustaz Saifulbahri bin Haji Ahmad (Bendahari Agong PABD)
Pengawas Am:
YM Husaini bin Ali Hassan (Exco PABD)
YM Loo Kuan Look (Exco PABD)
YM Muhammad Hidayatullah Bin Awang Ahmad (PABD)
Urusetia & Pendaftaran Peserta:
YM Nur Bazilah binti Zainal Abidin (Exco PABD)
YM Hamzah bin Awang Haji Jali (PABD)
Jemputan:
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
e-Sijil Penyertaan:
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Promosi & Publisiti:
YM Mohd Aminul Izzat bin Mohd Asri (PABD)
YM Muhd Najib Akmal bin Hj Abd Rahman (PABD)
YM Dyg Na’emah binti Haji Janidi (PABD)
Juruacara Majlis:
YM Farah Laila Nabilah Abdullah Chia (Exco PABD)