Ucapan Yang Dipertua Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam Sempena Pelancaran Program Name Exoworlds Brunei Darussalam pada 3 Zulhijjah 1440 / 4 Ogos 2019
Bismillahhirrahmannirrahhim Alhamdulilahi Rabbil โAlameen
Wassalaatu Wassalamu โAla Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammad Waโalaa โAalihee Wasahbihee Ajmaโeen.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Penerokaan dunia astronomi pada hari ini kerap mencapai beberapa kejayaan yang signifikan dengan kemajuan teknologi yang canggih dan kaedah saintifik yang jitu.
Ini termasuklah penemuan beribu planet di luar sistem suria kita yang mengelilingi bintang-bintang dalam sistem galaksi kita.
Setakat ini sejumlah 4000 exoplanet tersebut telah pun ditemui berasaskan kaedah saintifik oleh ahli-ahli astronomi, yang mana kebanyakan planet tersebut bersama bintang induknya belum mempunyai nama yang sesuai.
Pada 2 Ogos baru-baru ini, Negara Brunei Darussalam telahpun dianugerahkan sebuah bintang dan planetnya daripada pihak Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) untuk dinamakan.
Oleh yang demikian, buat julung kalinya program menamakan Exoworlds akan dianjurkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam selaku IAU National Outreach Coordinator dengan sokongan pihak-pihak yang tertentu.
Program global ini akan memberikan peluang orang Brunei kitani untuk menamakan bintang dan planet tersebut, yang mana cadangan nama yang terpilih nanti akan diabadikan untuk generasi kita yang akan datang.
Dengan kalimah Bismillahir Rahmannir Rahim, Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam serta bertawakal kepada Allah Subhanahu Wataโala saya dengan ini melancarkan Program Name Exoworlds Negara Brunei Darussalam bermula hari ini, 03 Zulhijjah 1440 Hijriah bersamaan 04 Ogos 2019.
Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
