BruneiAstronomy
Astronomy & Falak Syarie in Brunei Darussalam
Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20  jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.
Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20 jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.

Bandar Seri Begawan, 13 November 2004 – Rukyah Hilal Syawal diadakan pada petang hari ini bersamaan 29 Ramadhan.

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam juga membuat cerapan anak bulan pada petang tadi bertempat di kawasan lapang Bukit Agok, Tutong. Hanya empat orang ahli PABD yang hadir untuk pencerapan.

Ufuk Barat ketika matahari terbenam (jam 18:02) 13 November 2004. Bukit Agok, Tutong
Ufuk Barat ketika matahari terbenam (jam 18:02) 13 November 2004. Bukit Agok, Tutong

Walaupun kawasan sebelah ufuk barat berawan sedikit, sabit anak bulan yang berumur kurang dari 20 jam telah kelihatan selepas beberapa minit matahari terbenam.

Anak bulan mula kelihatan menggunakan binokular pada jam 18:10 (altitud 6 darjah) dan masih kelihatan sehingga jam 18:32 (altitud 1 darjah). Hilal kelihatan begitu nipis dan anggaran panjang lengkok sabit pula ialah dari pukul 2 hingga 8 berdasarkan skala jam.

13 Nov Kedudukan Hilal
13 Nov Kedudukan Hilal

Peralatan yang digunakan untuk merukyah tadi ialah binokular 15×100 sahaja. Walaupun penglihatan anak bulan cuba dibuat mengunakan mata kasar, namun hilal masih sukar untuk dilihat kerana cahaya langit yang masih terang.

Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20  jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.
Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20 jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.

Kenampakan hilal pada petang tadi adalah di antara rekod umur yang paling termuda iaitu 19 jam 42 minit dari hasil cerapan-cerapan hilal di Negara ini.

PABD turut memaklumkan hasil cerapan kepada pihak Jabatan Ukur dan juga memberi data-data cerapan kepada Islamic Crescents’ Observation Project (ICOP), Persatuan Astronomi Jordan.

Umat Islam di negara ini mula berhari raya Aidilfitri esok (14 November 2004) selepas pengumuman berhasil merukyah anak bulan yang diwartakan di TV dan Radio pada malam tadi oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.