2004 Nov 13 Laporan Cerapan Hilal Syawal 1425H anak bulan yang paling muda kelihatan

Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20  jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.
Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20 jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.

Bandar Seri Begawan, 13 November 2004 – Rukyah Hilal Syawal diadakan pada petang hari ini bersamaan 29 Ramadhan.

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam juga membuat cerapan anak bulan pada petang tadi bertempat di kawasan lapang Bukit Agok, Tutong. Hanya empat orang ahli PABD yang hadir untuk pencerapan.

Ufuk Barat ketika matahari terbenam (jam 18:02) 13 November 2004. Bukit Agok, Tutong
Ufuk Barat ketika matahari terbenam (jam 18:02) 13 November 2004. Bukit Agok, Tutong

Walaupun kawasan sebelah ufuk barat berawan sedikit, sabit anak bulan yang berumur kurang dari 20 jam telah kelihatan selepas beberapa minit matahari terbenam.
Continue reading “2004 Nov 13 Laporan Cerapan Hilal Syawal 1425H anak bulan yang paling muda kelihatan”

2004 Aug 12 Laporan Cerapan Pancuran Perseids

Bandar Seri Begawan, Khamis (12 Ogos 2004) – Lazimnya setiap tahun pada 11 atau 12 Ogos adalah puncak hari bagi juraian meteor (meteor shower) Perseids. Ketika itu bumi akan melintas debu-debu yang berada di angkasa peninggalan dari komet Swiff-Tuttle. Apabila debu-debu tadi memasuki ruangan atmosfera lalu jatuh ke bumi, ia akan menghasilkan juraian cahaya akibat dari penggeseran dengan molekul udara. Kebiasaannya orang ramai akan memanggilnya sebagai tahi bintang.

Perseids adalah diambil sempena buruj Perseus, “Si Pahlwan”, dari mana juraian meteor tadi berpusat. Pada awal bulan Ogos ia akan terbit dari sebelah timur laut pada tengah malam dari negara Brunei.

Pancuran meteor Perseids pada kebiasaannya bermula dari 23 Julai sehingga 22 Ogos setiap tahun. Akan tetapi pada 11 atau 12 haribulan, pada tarikh tadi juraian meteor sangat aktif dan seseorang boleh melihat sehingga lebih 50 butiran meteor dalam masa sejam. Sekali gus ia memberi peluang kepada peminat cakerawala untuk menyaksikan kejadian yang menarik itu.

Antara ahli-ahli PABD yang hadir. Gambar oleh Pg. Shahdani
Antara ahli-ahli PABD yang hadir. Gambar oleh Pg. Shahdani

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam tidak melepaskan peluang untuk membuat cerapan fenomena juraian meteor Perseids. Cerapan telah pun diadakan bermula pada pukul 11 malam pada 11 Ogos di kawasan lapang Bukit Agok, Tutong. Hadir pada cerapan tersebut ialah Yang Di-Pertua PABD dan ahli-ahli persatuan astronomi. Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur dan segelintir orang awam.

Dari hasil cerapan menggunakan mata kasa yang telah dibuat pada sekitar pukul 2 pagi itu telah mendapati lebih 6 butir meteor yang boleh dilihat dalam masa setengah jam. Kebanyakannya begitu terang dan bergerak dengan kecepatan yang tinggi. Jumlah butiran yang sedikit dari yang dijangkakan itu mungkin disebabkan oleh keadaan yang berawan dan sedikit berjerebu dari tempat cerpan.

Di samping menyaksikan juraian meteor, kehadiran bulan sabit tua yang berada hampir dengan planet Zuhrah di langit pada awal pagi tadi turut menjadi tumpuan mereka yang hadir. Cerapan tamat sekitar jam 5:30 pagi tadi.

2004 Jul 21 Massive Sunspots

2004 Jul 21 Massive Sunspots
2004 Jul 21 Massive Sunspots

Images of the sun from Brunei, photos taken by Pg Shahdani, yesterday (21st July 2004). Seen on the photos is a massive sunspot (black) having about 10 times of the Earth’s size.

The giant sunspot seen on the photos is visible to the naked eye without the aid of telescope but a safe solar observing should be practice such as using eclipse shade, solar filter or using projection method.

The sunspots will remain visible within the next 5 days before dissapearing on the far side. I suggest everyone to make daytime observation of our active Sun.