BruneiAstronomy
Astronomy & Falak Syarie in Brunei Darussalam

Sumber: Pelita Brunei
(http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=31437)
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ihsan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Februari. – Bunyi dentuman yang disangka guruh diiringi dengan gegaran yang terjadi kira-kira sekitar jam 11.00 pagi kelmarin sedikit sebanyak menimbulkan kepanikan dan menjadi persoalan kepada sebahagian penduduk di negara ini yang mengalami kejadian tersebut.

Jika terjadinya guruh dan kilat tetapi cuaca kelmarin begitu elok sahaja, sehingga ada beberapa persepsi yang mengaitkannya dengan beberapa insiden dari luar negara yang memberi impak kepada negara kita.

Keratan Akhbar Pelita Brunei Edisi Rabu, 03 Februari 2021

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) menerusi laman sesawangnya di ‘www.bruneiastronomy.org’, satu meteor besar (fireball) mencetuskan letupan yang disaksikan pada siang hari kelmarin, 31 Januari 2021.

Sehubungan itu, PABD menerima banyak laporan daripada orang ramai yang mendengar letupan kuat di awan dan mengumpulkan laporan saksi yang menyaksikan kejadian tersebut.

FENOMENA alam, iaitu meteor (fireball) yang disaksikan terbakar di ruang angkasa Negara Brunei Darussalam yang mencetuskan tanda tanya penduduk yang mendengarkan dentuman kuat kira-kira jam 11.00 pagi kelmarin.

Sebahagian penduduk yang menyaksikan fenomena menakjubkan itu hingga menghasilkan bunyi dentuman yang menimbulkan ‘shockwave’ yang besar dari meteor yang terbakar di ruang angkasa di negara ini.

Salah seorang saksi, Abdul Wafiy bin Haji Rudzi berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain pada ketika itu ada berkumpul dalam Jimny Community dari Kampung Tanjong Nangka yang hendak ke Kulapis, lalu berhenti sebentar untuk mengambil gambar sekitar kawasan itu.

Selang beberapa minit kemudian, beliau menyaksikan sesuatu yang aneh di awan dan memberitahu kepada rakan-rakannya yang lain dan beranggapan itu adalah permainan bunga api kerana benda itu mengeluarkan cahaya yang terang berwarna merah dan hijau diliputi asap, kemudian mengeluarkan bunyi letupan selepas beberapa saat.

Selepas itu, mereka pun masih bertanya-tanya mengenai kejadian itu.

Meskipun ‘drone’ mereka tidak sempat merakam, tetapi kamera ‘dashcam’ keretanya dapat merakamkan detik itu.

Meteor adalah fenomena alam yang rawak dan sukar diramal. Selalunya meteor terhasil apabila batuan angkasa yang dipanggil meteoroid terbakar di ruang angkasa. Namun jika meteoroid yang lebih besar tidak habis terbakar dalam perjalanannya di atmosfera dan mencapai permukaan bumi, objek yang dihasilkan adalah dipanggil meteorit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.