Pada 28 Mei setiap tahun, jam 5.26 petang, kedudukan matahari akan betul-betul berada tepat di atas kaabah, Mekah.
Fenomena astronomi yang lebih dikenali sebagai istiwa adzam boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hampir seluruh dunia untuk menentukan arah kiblat yang tepat ketika waktu tadi.

Lazimnya, dalam setahun matahari akan berada tepat di atas kaabah sebanyak dua kali iaitu apabila nilai sudut deklinasinya bersamaan dengan latitud Mekah (21.421 darjah Utara) pada setiap 28hb Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16hb Julai pukul 5.28 petang waktu Brunei
Ikuti cara-cara berikut untuk menyemak arah kiblat dari kawasan awda:
1. Awda perlu menggunakan objek-objek yang lurus seperti sebatang tiang atau sisi-sisi rumah. Ia juga mestilah tegak dengan memeriksa menggunakan pemberat yang diikat ke benang (plumbline).
2. Objek tadi mestilah berada di sebuah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari misalnya jangan diletak di bawah pokok atau di dalam rumah. Akan tetapi hendaklah diletakkan di kawasan yang menerima terus cahaya matahari misalnya di halaman rumah yang lapang.
3. Tepat pada jam 5.16 petang 28 Mei, garisan bayang objek yang dihasilkan oleh matahari adalah arah kiblat iaitu menghadap ke arah matahari.
Peta Bumi ketika Matahari berada di atas Kaabah


28 Mei, jam 5:16 ptg
Peta di atas menunjukkan kawasan (bercahaya) yang boleh menggunakan kaedah bayang matahari. Semua bayang objek menuju ke arah matahari adalah arah kiblat.
28 Mei, jam 5:16 ptg
16 Julai, jam 5:28 ptg
Peta Bumi ketika Matahari berada di atas Kaabah
