BruneiAstronomy
Astronomy & Falak Syarie in Brunei Darussalam

Bandar Seri Begawan – Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) dan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) mengadakan program β€œSalam Muhibbah” secara lintas langsung dalam talian semalam, Sabtu, 04 September 2021. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Yang Di-Pertua PABD, YM Haji Mahadi bin Haji Tahir, serta Setiausaha PAFNS, Ustaz Abdul Latip Ibrahim.

Sesi perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa selamat dan doa menghindari wabak COVID-19 yang telah dipimpin oleh Ustaz Shaifulbahri bin Hj Ahmad, Bendahari Agung PABD.

Dalam ucapan alu-aluan, Yang Dipertua PABD menzahirkan penghargaan di atas persahabatan melalui perjumpaan secara maya tersebut. Haji Mahadi juga memaklumkan program ini dilaksanakan sebagai ganti perancangan awal lawatan daripada PANFS ke Brunei Darussalam yang ditunda kerana penutupan sempadan akibat penularan wabak COVID-19.

Sementara itu Setiausaha PAFNS mengongsikan aktiviti teras pertubuhan tersebut dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat untuk menyemak, mengukur dan memperbetulkan arah kiblat dari rumah ke rumah bagi membolehkan umat Islam mendapat arah kiblat yang lebih tepat.

β€œPersatuan PAFNS telah memberikan perkhidmatan penyemakan arah kiblat di lebih 10,000 rumah persendirian di seluruh Selangor”, jelas Ustaz Abdul Latip.

PANFS telah ditubuhkan pada 2008 oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dan bernaung di bawah badan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dengan adanya perkongsian maklumat dan pengalaman di antara kedua pertubuhan tersebut, permuzakarahan telah berjaya mengeratkan kerjasama dalam beberapa rancangan dan pendekatan aktiviti falak syarie secara kolaboratif di masa hadapan.

Perbincangan tersebut juga telah dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa eksekutif serta ahli-ahli lain daripada kedua-dua persatuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.