Bola Api, Meteor Meluncur dari Langit di Brunei Darussalam semalam, April 12, 2020

Oleh Hazarry bin Haji Ali Ahmad, Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam

Bandar Seri Begawan – Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) telah menerima beberapa laporan daripada netizen di negara ini yang telah melihat cahaya yang sangat terang gugur dari langit dipercayai sebuah meteor semalam, hari Ahad, 12 April 2020.

Adakan awda juga telah menyaksikan sebutir meteor yang terang pada hari Ahad, 12 April 2020 sekitar jam 7.30 malam di negara Brunei Darussalam?
  • Tidak 80%, 213 votes
    213 votes 80%
    213 votes - 80% of all votes
  • Ya 20%, 52 votes
    52 votes 20%
    52 votes - 20% of all votes
Total Votes: 265
April 13, 2020 - July 5, 2020
Voting is closed
Dipercayai sebuah meteor yang terang jatuh dari langit di kampong Lambak yang terakam semalam (April 12, 2020) dari kamera telefon bimbit jenama Xiaomi (f/1.75, 21 saat, ISO288, 4.77mm). Gambar oleh Mohammad Nazhif bin Haji Abdul Khalid

Di saat ingin mengambil gambar planet Venus di langit senja, Mohammad Nazhif bin Haji Abdul Khalid, 19 tahun, telah terlihat sebutir meteor yang sangat terang muncul meluncur dari langit dan telah terakam di kamera telefon bimbitnya di kawasan rumahnya di Kampong Lambak semalam. Nazhif yang tidak menyangka ia sebuah meteor menjelaskan “Pada mulanya saya percaya ia hanyalah bunga api, namun merasa hairan tiada mengeluarkan bunyi”. Bola api yang berwarna putih-hijau dirakam tepat pada jam 7.27 malam tersebut telah dimuatnaik di Instagram (@nazhifkhalid) beliau dan telah mendapat perhatian daripada Pihak PABD.

Pada masa yang sama, bola api tersebut juga telah disaksikan dari beberapa daerah di negara ini. Bon Wei Chin, 25 tahun, dari Seria telah menyaksikan bola api tersebut. “Saya telah melihat meteor melintasi Bandar Seria sekitar jam 7 malam, dan meluncur berdekatan sebuah bintang yang sangat terang” kata Wei Chin.

Manakala, seorang saksi lagi, Azimah Alipah, 30 tahun, juga melaporkan bahawa beliau telah melihat meteor tersebut dari daerah Tutong. “Pada petang tadi, saya telah melihat sebutir “shooting star” yang sangat terang dari Penanjong Kem selama 5 saat lalu jatuh ke arah laut,” kata Azimah.

Menurut seorang lagi saksi, Mohd Yusbi Ayub bin Yusof, pijaran api tersebut juga dilihat oleh beliau dari kawasan taman Jerudong Park pada sekitar waktu Isyak.

Bola Api, Meteor Meluncur dari Langit di Brunei Darussalam semalam, April 12, 2020Ada saksi lain yang ternampak? Sila komenBaca selanjutnya: www.bruneiastronomy.orgGambar kredit @nazhifkhalid

Posted by Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD) on Sunday, April 12, 2020
Berpuluh orang Netizen di negara Brunei juga telah menyatakan telah menyaksikan kejadian tersebut menerusi ruang komen pos di laman media sosial www.facebook.com/bruneiastronomy

Meteor adalah sebuah serpihan dari sebuah jasad astronomi di angkasa yang memasuki ke ruang atmosfera bumi, serta lazimnya terbakar disebabkan gesekan antara permukaan meteor itu dengan udara pada kecepatan tinggi. Meteor yang bersaiz besar mampu untuk menghasilkan cahaya api yang sangat terang atau bola api (fire ball) .

Perbezaan meteoroid (di angkasa), meteor (di atmosfera) dan meteorite (jatuh di bumi).

2 Replies to “Bola Api, Meteor Meluncur dari Langit di Brunei Darussalam semalam, April 12, 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.