Pemakluman Awam: Pelantikan Rektor UNISSA sebagai Penasihat PABD

Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) dan seluruh warga persatuan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), di atas lantikan sebagai Penasihat Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam.

Penambahan bagi ahli Penasihat PABD telah termaktub di dalam pindaan perlembagaan PABD dengan kebenaran daripada Pertubuhan Pendaftar Negara Brunei Darussalam, Polis Diraja Brunei, melalui surat bilangan rujukan BPD 25/1133 Vol.I bertarikh 17 Muharram 1442H bersamaan 05 September 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.