{"id":6602,"date":"2019-12-17T18:15:00","date_gmt":"2019-12-17T10:15:00","guid":{"rendered":"http:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/?p=6602"},"modified":"2019-12-17T18:05:27","modified_gmt":"2019-12-17T10:05:27","slug":"siaran-akhbar-100-000-orang-dari-110-negara-memilih-nama-exoplanet-sempena-ulang-tahun-iau-yang-ke-100","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/2019\/12\/siaran-akhbar-100-000-orang-dari-110-negara-memilih-nama-exoplanet-sempena-ulang-tahun-iau-yang-ke-100\/","title":{"rendered":"Siaran Akhbar: 100 000 Orang dari 110 Negara Memilih Nama Exoplanet Sempena Ulang Tahun IAU yang ke-100"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-small-font-size\">Selasa, 17 Disember 2019<br>Disediakan oleh Nur Bazilah binti Zainal Abidin<br>Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam selaku IAU <em>National Outreach Coordinator<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Paris<\/strong> \u2013 Sebanyak 110 pasangan nama exoplanet dan bintang induknya diberikan nama melalui kempen IAU100 NameExoWorlds telah diumumkan di sidang media di Paris pada 17 Disember 2019. Bersempena ulang tahun Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang ke-100 pada tahun ini, kempen di peringkat nasional telah dianjurkan di  110 negara yang melibatkan penyertaan lebih dari 780,000 orang di seluruh dunia, untuk mencadangkan dan memilih nama-nama bagi setiap exoplanet dan bintang induk negara masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek IAU100 NameExoWorlds telah melihat penyertaan yang meluas dan\nbesar-besaran di seluruh dunia untuk memberikan masyarakat umum peluang untuk\nmencadangkan nama-nama sistem exoplanet yang bermakna, kreatif dan unik bagi\nnegara masing-masing. Penganjuran ini adalah kali yang kedua dalam sejarah di\nmana sebuah kempen telah menghasilkan penamaan bintang dan exoplanet. Pada keseluruhannya,\nsebanyak 360,000 cadangan nama telah diterima dari 110 negara. Penganjur program\ndi setiap negara telah menyenarai pendekkan nama-nama yang dicadangkan, dan\nseterusnya dibukakan bagi pemilihan melalui undian kepada orang ramai. Seramai\n420,000 orang telah mengundi calon-calon nama yang diberikan. Projek ini akan\nmemberikan kesan yang berkekalan di mana nama-nama yang dipilih sebagai\npemenang akan digunakan selari dengan tatanama saintifik yang sedia ada dengan\npenghargaan kepada individu, kumpulan ataupun institusi yang telah mencadangkan\nnama tersebut. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"730\" src=\"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/20191217_exoplanet_infografik-1024x730.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-6605\" srcset=\"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/20191217_exoplanet_infografik-1024x730.png 1024w, https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/20191217_exoplanet_infografik-300x214.png 300w, https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/20191217_exoplanet_infografik-768x548.png 768w, https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/20191217_exoplanet_infografik-1536x1095.png 1536w, https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/20191217_exoplanet_infografik-2048x1460.png 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<!--more-->\n\n\n\n<p>\u201cSejak beberapa tahun yang lalu, pemerhatian astronomi telah menemui lebih\ndaripada 4,000 planet yang mengorbit bintang-bintang yang lain &#8211; lalu dipanggil\nsebagai exoplanet. Kira-kira setiap 2\u00bd tahun, jumlah penemuan dijangka akan\nbertambah dua kali ganda, dan mendedahkan jumlah populasi planet-planet baru dengan\nmeletakkan bumi dan sistem suria kita sebagai perspektif. Mengikut statistik, kebanyakan\nbintang-bintang di langit berkemungkinan besar dikelilingi oleh\nplanet-planetnya yang tersendiri &#8211; yang berada di mana-mana,\u201d kata Eric\nMamajek, pengerusi bersama jawatankuasa NameExoWorlds. \u201cAhli-ahli astronomi\nmemperkenalkan penemuan baru mereka dengan menggunakan sistem penamaan seperti\nnombor telefon, terdapat juga minat yang semakin meningkat dari kalangan ahli\nastronomi dan juga orang ramai untuk memberikan nama yang bersesuaian seperti\nyang telah dilakukan untuk jasad-jasad astronomi lain dalam sistem suria,\u201d\nsambung Mamajek.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Projek global IAU100 NameExoWorld ini juga dianjurkan untuk mewujudkan\nkesedaran tentang kedudukan kita di alam semesta, dan dalam masa yang sama memberikan\ngambaran potensi sebuah tamadun bumi kita di planet lain. Oleh sebab IAU adalah\npihak yang berkuasa dan bertanggungjawab untuk memberikan nama-nama rasmi\nkepada badan-badan angkasa, sambutan IAU100 pada tahun 2019 ini memberikan\nkesempatan bagi setiap negara untuk memberi nama kepada satu sistem planet yang\nmengandungi sebuah exoplanet dan bintang induknya. Pengurus Projek IAU100\nNameExoWorlds, Eduardo Monfardini Penteado mengatakan \u201cKempen IAU100\nNameExoWorlds telah memberikan peluang kepada orang ramai untuk melibatkan diri\ndan berkesempatan untuk menamakan lebih daripada 100 exoplanet dan bintang\ninduk yang baru, dan juga untuk membantu pihak IAU mewujudkan tema penamaan bagi\npenemuan-penemuan dalam sistem tersebut di masa yang akan datang.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap bintang yang diperuntukkan di setiap negara boleh dicerap dari\nnegara itu sendiri dan ianya cukup terang untuk dilihat dengan menggunakan\nteleskop kecil. Setiap negara mempunyai jawatankuasa kebangsaan masing-masing bagi\npenganjuran IAU100 NameExoWorlds mengikut kaedah dan garis panduan yang telah\nditetapkan, mereka bertanggungjawab untuk menetapkan syarat-syarat penyertaan dari\norang ramai, menyebarkan projek tersebut di negara masing-masing dan juga\nmembuat sistem pengundian. <\/p>\n\n\n\n<p>Exoplanet yang baru dinamakan berkemungkinan ialah sebuah gas gergasi\nbesar, dan semuanya dijumpai berdasarkan satu daripada dua kaedah: kaedah\ntransit \u2013 di mana planet-planet yang diperhatikan melintasi di depan bintang\ninduknya dan menutup sebahagian cahaya dari bintang tersebut; dan kaedah halaju\nradial \u2013 di mana pengukuran yang teliti terhadap spektrum bintang mendedahkan\nianya bergoyang ulang alik disebabkan oleh graviti planetnya [1]. <\/p>\n\n\n\n<p>Nama baru yang diiktiraf oleh IAU untuk exoplanet (HD 179949b) dan bintang induknya\n(HD 179949) adalah Mastika dan Gumala. Kedua nama tersebut dikaitkan dengan\npermata dan batu yang berharga dalam Bahasa Melayu. Nama berkenan telah\ndicadangkan oleh Pengiran Mohammad Rezal bin Pengiran Hj Osman dari negara\nBrunei Darussalam melalui penganjuran program NameExoWorlds oleh Persatuan\nastronomi Negara Brunei Darussalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara contoh-contoh nama baru IAU untuk exoplanet dan bintang induknya:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Ireland: Nama-nama\nanjing mitologi (Bran, Tuiren) dari legenda orang Irish \u201cThe Birth of Bran\u201d,\nuntuk planet HAT-P-36b (Bran) mengelilingi bintang HAT-P-36 (Tuiren) dalam\nburuj Canes Venatici (Anjing Pemburuan);<\/li><li>Jordan: Nama-nama\nbandar-bandar purba dan kawasan yang dilindungi di Jordan Selatan, untuk\nexoplanet WASP-80b (Wadirum) mengelilingi bintang WASP-80 (Petra) dalam buruj\nAquila (Helang);<\/li><li>Burkina Faso: Nama\nbaru untuk planet HD 30856 b (Nakamb\u00e9) dan bintangnya HD 30856 (Mouhoun)\nmerujuk kepada nama tempatan untuk sungai-sungai yang terkenal di Burkina Faso.\nSistem ini juga terletak di dalam buruj sungai Eridanus (Sungai).<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Sebagai pengiktirafan bagi Tahun Antarabangsa untuk Bahasa Pribumi UN 2019,\norang-orang berbahasa pribumi juga digalakkan untuk mencadangkan nama-nama\ndaripada bahasa mereka, dan beberapa nama yang terpilih adalah mengenai\netimologi pribumi. Di Argentina, cadangan yang menang telah dikemukakan oleh\nseorang guru dan pemimpin komuniti asli Moquit. Nama baru untuk planet HD 48265\nb (Naqaya) dan bintang HD 48265 (Nosaxa) bermaksud \u201cbrother-family-relative\u201d\n(merujuk kepada semua manusia sebagai \u201cbrothers\u201d) dan musim bunga (secara\nliteral, tahun baru) dalam bahasa Moqoit. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak IAU sangat berbesar hati dengan penglibatan banyak negara melalui kempen\nNameExoWorlds yang bertaraf antarabangsa,\u201d kata Presiden terpilih IAU, Debra\nElmegreen. \u201cIanya sangat memuaskan bahawa begitu ramai penduduk di seluruh\ndunia telah membantu mencipta nama untuk sistem planet yang signifikan untuk\nbudaya dan warisan mereka. Usaha ini mampu untuk menyatukan kita dalam\npenerokaan Alam Semesta.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Projek NameExoWorlds merupakan program dalam rangka kerja Ulang Tahun IAU\nyang ke 100 pada tahun 2019. Sepanjang abad yang lalu, sebanyak 5,000 aktiviti\nmeliputi 140 negara, berjuta-juta orang di serata dunia menyambut\npenemuan-penemuan astronomi yang telah mencorak sains, teknologi dan budaya,\ndan juga memfokuskan kepentingan astronomi dalam pendidikan, pembangunan dan\ndiplomasi. Dapatkan maklumat yang lebih lanjut di laman sesawang IAU100\n(http:\/\/www.iau-100.org\/). <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSepanjang tahun ini kami telah melibatkan orang awam melalui pelbagai aktiviti\nastronomi masyarakat untuk sambutan ulang tahun IAU yang ke-100. Projek global\nNameExoWorlds telah menjadi sebuah inisiatif yang sempurna sebagai penutup\ntirai tahun ini. Ianya pasti akan memberi kesan yang berpanjangan untuk\ntahun-tahun yang akan datang,\u201d kata Presiden IAU Ewine van Dishoeck. <\/p>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator\"\/>\n\n\n\n<p><strong>Nota<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>[1]<\/strong> Kaedah yang terakhir telah diperkenalkan oleh\npemenang-pemenang The 2019 Nobel Prize in Physics \u201cfor the discovery of an\nexoplanet orbiting a solar-type star\u201d pada tahun 1995. Exoplanet tersebut 51\nPegasi b, telah dinamakan Dimidium semasa&nbsp;\nkempen awam yang pertama NameExoWorlds tahun 2015.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Maklumat Lanjut<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>IAU ialah sebuah organisasi astronomi antarabangsa yang menyatukan lebih\ndaripada 13,500 ahli astronomi profesional dari lebih 100 negara di seluruh\ndunia. Misi organisasi ini adalah untuk mempromosi&nbsp; dan memelihara astronomi dari semua aspek\ntermasuk penyelidikan, perhubungan, pendidikan dan pembangunan, melalui\nkerjasama di peringkat antarabangsa. IAU juga berperanan sebagai pihak yang\nberkuasa untuk memberikan nama kepada badan-badan angkasa dan ciri-ciri\npermukaannya. Ditubuhkan pada tahun 1919, IAU ialah sebuah badan profesional\nyang terbesar untuk ahli-ahli astronomi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Maklumat Perhubungan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung<br>Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam<br>+6738820277<br><a href=\"mailto:pabd@bruneiastronomy.org\">pabd@bruneiastronomy.org<\/a><br><a href=\"http:\/\/www.bruneiastronomy.org\">www.bruneiastronomy.org<\/a><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Siaran Akhbar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a href=\"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/SiaranAkhbar-100000-Orang-110-Negara-Memilih-Nama-Exoplanet-Sempena-Ulang-Tahun-IAU-yang-ke100.pdf\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">SiaranAkhbar-100000-Orang-110-Negara-Memilih-Nama-Exoplanet-Sempena-Ulang-Tahun-IAU-yang-ke100<\/a><a href=\"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/12\/SiaranAkhbar-100000-Orang-110-Negara-Memilih-Nama-Exoplanet-Sempena-Ulang-Tahun-IAU-yang-ke100.pdf\" class=\"wp-block-file__button\" download>Download<\/a><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selasa, 17 Disember 2019Disediakan oleh Nur Bazilah binti Zainal AbidinPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam selaku&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_themeisle_gutenberg_block_has_review":false,"footnotes":""},"categories":[3,17,50],"tags":[80,301],"class_list":["post-6602","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-news","category-pabd","category-press-release","tag-iau","tag-name-exoworlds"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6602","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6602"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6602\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6602"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6602"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/bruneiastronomy.org\/web\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6602"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}