rukyah – BruneiAstronomy

Kejutan pagi Aidilfitri
Oleh Kadir Dikoh
kadiro@bh.com.my

Berita Harian – Sambutan 1 Syawal sudah tidak ada ‘ummph’ atau kejutan lagi seperti dahulu kala, terutama ketika pengumuman tarikh hari raya, kata seorang teman. Katanya, ahli keluarga sudah tidak lagi ‘terpacak’ di hadapan televisyen menunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh Aidilfitri seperti lazimnya berlaku pada 1960-an, 1970-an dan 1980-an.

Gambar hiasan

“Beliaulah (penyimpan mohor) paling glamour dan satu-satunya manusia yang amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia pada malam pengumuman raya. Sekarang keadaan sudah tidak sama, kerana tarikh 1 Syawal macam sudah boleh diagak atau dikira, dah tahu lebih awal,” katanya.

Ya, sejak 1993, penentuan awal Ramadan dan Syawal menggunakan kaedah rukyah dan hisab iaitu penggunaan syarat nampak anak bulan bagi membuat justifikasi kenampakan anak bulan. Ada tiga amalan berbeza dalam menentukan awal bulan hijriah. Amalan itu ialah rukyah, iaitu melihat anak bulan semata-mata, hisab falak semata-mata serta rukyah dan hisab menggunakan kriteria imkanur rukyah, iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan atau hilal.

Tunggu pengumuman rasmi

Apa yang diceritakan seorang teman tadi, memang benar. Saya sendiri teringat zaman kanak-kanak hingga remaja, terpacak di depan televisyen bersama ahli keluarga lain, menjelang hujung Ramadan menunggu pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, lazimnya sebelum atau selepas waktu Maghrib.

Semua kerja dihentikan, memasak, mengemas, pasang langsir atau tengah makan sekali pun….kerana terpaku depan televisyen untuk seketika.

Andai diumumkan lusa hari raya, tiada apa yang berlaku kerana keesokan harinya puasa hari terakhir disambung dan ada banyak masa lagi untuk membeli-belah atau mencari barang keperluan raya yang belum sempat dibeli.

Tetapi, yang ‘ummph’ sekali ialah apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan ‘esok raya’, sekali gus menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut. Kanak-kanak akan terus mandi, kerana tak sabar nak pakai baju baharu, lepas itu berjalan-jalan atau bermain mercun dan bunga api di halaman rumah.

Golongan wanita pula akan terus sibuk di dapur, membakar kuih-muih, ketupat, memasak daging dan ayam, selain mula mempersiapkan langsir baharu. Satu kampung akan meriah dengan dentuman mercun, percikan bunga api dan orang ramai lalu-lalang, kerana masing-masing ada urusan sama ada untuk ke kedai, jumpa kawan untuk bersembang atau sengaja bergembira di jalanan.

Takbir raya di masjid memeriahkan lagi suasana. Program televisyen pula tiba-tiba bertukar dengan pelbagai bentuk hiburan, diselang seli takbir raya.

Berhari raya dalam kapal terbang

Namun, disebabkan kejutan pengumuman ‘esok raya’ ini jugalah saya pernah berhari raya dalam kapal terbang pada pagi Aidilfitri. Tetapi saya bukan seperti lagu Musafir di Aidilfitri nyanyian S Jibeng, yang antara lain berbunyi: “Oh Tuhan Yang Maha Kaya; Hamba menangis di pagi raya; Aidilfitri hari bahgia; Tapi hamba dilanda derita”.

Bukan derita, cuma rasa syahdu mendengar takbir raya di awan biru, sambil dihidangkan lemang dan kuih muih oleh pramugari Penerbangan Malaysia (MAS). Ini gara-gara kerana terlalu yakin hari raya ‘jatuh lusa’, bukan ‘esok’. Saya yakin, ramai yang lain turut ‘terperangkap’ dengan pengumuman ‘raya esok’, termasuk penumpang MAS pagi itu kerana kapal terbang penuh, sebahagian besar orang Islam.

“Sekarang situasi itu sudah tiada,” kata seorang lagi teman. Katanya, semua sudah boleh dirancang sebaik mengetahui tarikh puasa bermula, diikuti waktu membeli-belah, waktu balik kampung dan sebagainya, kerana tarikh hari raya bagaikan sudah diketahui lebih awal, tanpa disangkal lagi.

“Tetapi saya tetap rindu masa dulu-dulu, saya suka kejutan, bukan seperti yang kita rancang. Keadaan begini mengajar kita untuk menukar pelan serta merta atau saat akhir apabila berlaku kejutan,” kata seorang lagi rakan sekerja.

Penulis adalah Pengarang Bersekutu (Rencana/Mingguan) BH
Sumber: Berita Harian https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/06/570611/kejutan-pagi-aidilfitri

Prosedur Operasi Piawai (Sop) Dalam Penentuan Awal Syawal Di Negara Brunei Darussalam
Oleh Shahir Akram Hassan & Mohd Shukri Hanapi

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang

Tel: 04-6532661 Faks: 04-6532124

E-mail: shahirakram@usm.my / shahir_isdev@yahoo.com

Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan yang bertajuk Pengaplikasian Rukyah dan Hisab di Asia Tenggara [(RUI)1001/CISDEV/816269] dan telah dibiayai oleh Geran Research University Individual (RUI), Universiti Sains Malaysia (2015–2016).

Abstrak

Perkara berkaitan agama di sesebuah negara kebiasaannya diletakkan di bawah kuasa Sultan atau pemerintah. Setiap negara mempunyai institusi agama bagi melaksanakan urusan agama tersebut. Antara perkara yang termasuk dalam urusan agama itu ialah penentuan awal Syawal. Dalam menentukan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam pasti terdapat prosedur operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan. Persoalannya, apakah SOP penentuan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam? Di bawah enakmen manakah SOP tersebut diperuntukkan? Siapakah yang terlibat menjalankan SOP tersebut? Untuk menjawab semua persoalan ini, kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti SOP penentuan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam; kedua, menganalisis aplikasi SOP dalam penentuan awal Syawal di Negara Brunei Darussalam. Bagi mencapai objektif-objektif ini, kajian kualitatif ini mengguna pakai kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual pakar dalam pengumpulan data. Semua data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya, kertas kerja ini merumuskan bahawa SOP penentuan awal Syawal berasaskan Mimbar Fatwa 5 Negara Brunei Darussalam, dan diperuntukkan di bawah Bab 29 Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah 1998. Ketua Hakim Syarie bertanggungjawab untuk merukyah anak bulan dengan bantuan Ketua Hakim Daerah, Jabatan Ukur dan Pegawai Hal Ehwal Agama. Disebabkan Negara Brunei Darussalam hanya menggunakan kaedah rukyah sahaja, maka ia mempunyai SOP yang tersendiri bersesuaian dengan asas fatwa dan akta yang diperuntukkan.

Download Here: PROSEDUR OPERASI PIAWAI SOP DALAM PENENTUAN SYAWAL

Basis for Using the Rukyah Method for Determining the Arrival of Ramadan and Syawal in Brunei Darussalam
By Dr. Mohd Shukri Hanapi1 & Dr. Shahir Akram Hassan

Source: Journal of Islamic Studies and Culture December 2015, Vol. 3, No. 2, pp. 13-22 ISSN: 2333-5904 (Print), 2333-5912 (Online) Copyright © The Author(s). All Rights Reserved. Published by American Research Institute for Policy Development DOI: 10.15640/jisc.v3n2a2 URL: http://dx.doi.org/10.15640/jisc.v3n2a2

Abstract

There are various methods used to determine the arrival of Ramadan (fasting) and Syawal in South East Asia. Malaysia and Indonesia use the rukyah (sighting of the moon) and hisab (mathematical calculations), Singapore uses the hisab while Brunei only uses the rukyah method. These differences are due to the different basis for using a certain method to determine the arrival of Ramadan and Syawal. The basis here refers to religious references and forms of istidlal (inferences). The question is, what religious references are used to substantiate the adoption of the rukyah method in Brunei? What is their form of istidlal based on the religious references? To answer all these questions this study has two objectives. Firstly, it intends to determine the religious references that act as the basis for using the rukyah method in Brunei. Secondly, to analyse the different forms of istidlal based on the religious references. In order to achieve these objectives, this qualitative study used library research and expert interview methods for collecting data. All the data were analysed using the content analysis method. Lastly, this study concluded that religious references from the al-Qur’an and Hadith used as a basis for applying the rukyah method in Brunei is similar to the religious references used as a basis for applying rukyah and hisab in other South East Asian countries. The only difference is the various forms of istidlal.

Download Paper