pelita brunei – BruneiAstronomy
Rencana: Teleskop Untuk Semua
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Pelita Brunei
Foto : Ihsan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
ASTRONOMI adalah kajian tentang segala sesuatu di alam semesta di luar atmosfera bumi. Ini termasuk objek yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti bulan, bin tang dan matahari serta objek yang hanya dapat dilihat dengan menggunakan teleskop seperti galaksi jauh dan partikel kecil.
Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) Sebagai dedikasi kepada masyarakat dan bidang sains astronomi, PABD merupakan persatuan bebas dan persatuan bukan kerajaan yang berkaitan dengan bidang astronomi di Negara Brunei Darussalam. PABD telah didaftarkan secara rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan, Polis Diraja Brunei pada 6 Januari 2003. Peraturan-peraturan dan keterangan PABD telah termaktub di dalam Perlembagaan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam oleh ahli-ahli sementara PABD pada tahun 2002.
Persatuan ini mempunyai Penaung iaitu Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar; dan Penasihat-penasihat Persatuan terdiri dari Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Juruukur Agung, Naib Canselor UBD dan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Aktiviti PABD Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PABD, antaranya ialah Cerapan Anak Bulan Rejab; Penganjuran International Astronomy and Astrophysics Competition pada 7 Mac 2019 dalam talian; Pameran PABD pada 3 Mei 2019; Bicara ‘Bruneian women’s involvement in Science, Technology, Engineering and Mathematics’ sempena Hari Wanita Antarabangsa pada3 Mei 2019; Kajian Awal Waktu Fajar dan Kualiti Langit Gelap di Negara Brunei Darussalam pada 17 Mei 2019; Cerapan Gerhana Separa pada 17 Julai 2019 dalam talian; Sesi Praktikal Cerapan Anak Bulan Zulhijjah 1440 Hijrah; Perkhemahan Cerapan Juraian Meteor Perseids pada 10 Ogos 2019; Stargazing in the Garden pada 19 Ogos 2019; Cerapan Juraian Meteor Quadrantids pada 5 Januari 2020; Cerapan Comet Neowise (C/2020 F3) pada 15 Julai 2020 – 23 Julai 2020; dan ‘Stargazing Night’ pada 28 Ogos 2020 di Warisan Puk Belaban.
Keahlian PABD Lebih 80 orang telah mendaftar sebagai Ahli PABD pada ketika ini dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi Ahli PABD boleh menghantar permohonan dan hendaklah mengisikan dalam satu borang khas melalui laman sesawang www.bruneiastronomy.org/daftar dan dihantar kepada Setiausaha Agung PABD dan hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk diluluskan.
Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas
hendaklah setelah menjelaskan bayaran pendaftaran untuk diterima menjadi Ahli PABD. Kadar bayaran bagi jenis keahlian PABD ialah BND15 bagi Biasa; Pelajar BND5; Korporat kadar bayaran ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif PABD; dan Keahlian Kehormat sebanyak BND50.
PABD pada masa ini belum mempunyai Pejabat Tetap, walau bagaimanapun bagi sebarang persuratan, alamat sementara yang didaftarkan ialah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Simpang 347, Jalan Pasar, Gadong, Bandar Seri Begawan. Negara Brunei Darussalam, BE1310.
Teleskop Untuk Semua
Ke arah memperluaskan bidang ilmu pengetahuan kanak-kanak, ibu bapa dan juga tenaga-tenaga pengajar untuk mencetuskan minat dalam bidang sains, serta meningkatkan peluang yang sama rata (ekuiti) untuk menceburi kerjaya dalam bidang astronomi, justeru, Program Teleskop Untuk Semua (Telescopes For All) merupakan program bertaraf antarabangsa yang dianjurkan bersama oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) melalui ‘Office for Astronomy Outreach’ (OAO) dengan ‘Stars Shine for Everyone’ (Sterren Schitteren voor Iedereen-SSVI) dan ‘Universe Awareness/University of Leiden’.
Penganjuran program berkenaan merupakan tindakan susulan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 kesatuan tersebut pada tahun 2019, yang mana kesemua teleskop tersebut adalah pemberian ihsan dari Syarikat Bresser. Teleskop Untuk Semua 2021 dibukakan penyertaannya kepada penduduk di negara ini sehingga penghujung Mei 2021 ini.
Program yang dianjurkan IAU itu menawarkan hadiah sebanyak 12 buah teleskop istimewa yang ditandatangani oleh para angkasawan dan saintis, termasuk pemenang Hadiah Nobel, kepada komuniti di seluruh dunia dalam mengatasi kekangan akses dalam bidang astronomi. Bagi penerima anugerah Teleskop Untuk Semua 2021, penerima anugerah akan menerima teleskop yang dihantar dengan pemasangan khas serta dibuat khas oleh Kumpulan Pembuat Teleskop Amatur Kijkerbouw of the Public Observatory Armand Pien Belgiumuntuk SSVI. Teleskop Refraktor Bresser 90/1200 yang peralatannya dilengkapi dengan tube teleskop, view finder, zenit prisma, penapis suria, Plössl eyepieces 25mm dan 15mm, sebuah elektronik cermin mata (kamera web), dan pelekap. Teleskop ini dapat digunakan untuk mengamati bulan, planet-planet dari Sistem Suria dan objekobjek Messier yang paling terang seperti Nebula Orion, globular clusters, bintang binari.
Negara Brunei Darussalam merupakan antara 53 negara yang mengambil bahagian projek pada tahun ini. Pertandingan dari negara ini akan diselenggarakan oleh IAU National Outreach Coordinator (NOC) Brunei Darussalam dengan sokongan PABD. Negara-negara lain NOC adalah Albania, Argentina, Armenia, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bhutan, Botswana, Bolivia, Brazil, Burkina Faso, Cameroon, Costa Rica, Croatia, Cyprus, Dominican Republic, Ethiopia (Contact Deputy NOC), Germany, Guatemala, Haiti, India, Indonesia, Iraq, Lebanon, Malaysia, Mauritania, Mauritius, Mongolia, Morocco, Nicaragua, Palestine, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Puerto Rico, Russia, Senegal, Slovakia, Spain, Togo, Trinidad and Tobago, Tunisia, Turkey, United Arab Emirates, Viet Nam dan Zambia.
Orang ramai yang berminat menyertai Teleskop Untuk Semua 2021 dikehendaki menghantar cadangan di dalam bahasa Inggeris dengan menjelaskan kaedah dan strategi menggunakan teleskop berkenaan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dalam
memberikan inspirasi kepada kanak-kanak yang kurang mendapat pendedahan astronomi. Maklumat lanjut program Teleskop Untuk Semua dan syarat-syarat penyertaan boleh dicapai melalui laman sesawang www.bruneiastronomy.org/telescopes4all.
Setiausaha Agung PABD yang juga selaku IAU NOC bagi Negara Brunei Darussalam, Awang Hazarry bin Haji Ali Ahmad menyarankan, ”Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini bermula 1 April sehingga 30 Mei 2021. Cadangan-cadangan yang diusulkan perlulah inovatif, memfokuskan aktivitiaktiviti yang sesuai dan berimpak tinggi serta mampan dalam usaha mendekatkan astronomi kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan sokongan dalam bidang astronomi di Negara Brunei Darussalam melalui penggunaan teleskopberkenaan”.
Di peringkat saringan, semua cadangan dari negara ini yang memenuhi semua syarat kelayakan akan mendapat kelulusan daripada IAU NOC Brunei Darussalam selaku penyelaras projek untuk meneruskan ke peringkat antarabangsa. IAU akan meneliti serta menilai semua kertas cadangan yang dihantar daripada setiap negara yang menyertai program ini bagi penganugerahan. Pengumuman rasmi hasil keputusan oleh IAU dan para pemenang bagi program ini dijangka pada 15 Jun 2021.
Pada tahun lepas, projek ‘Making Space For All’ (MASA) yang diusulkan oleh Dayang Nur Bazilah binti Zainal Abidin, Ahli PABD, melalui penyertaan program ini telah mendapat kejayaan di peringkat antarabangsa dengan menerima anugerah berupa sebuah teleskop daripada IAU sumbangan Syarikat Bresser. Sebanyak 17 golongan komuniti yang memerlukan sokongan dalam bidang astronomi di serata dunia termasuk negara ini telah dipilih untuk menerima teleskop khas berkenaan yang ditandatangani oleh para angkasawan dan para penerima Hadiah Nobel. Kumpulan tersebut merupakan kumpulan yang pertama untuk menerima teleskop yang diedarkan oleh ‘Telescopes
for All: Inspiring Starts & Stars Shine for Everyone Collaboration’.
Sumber: Pelita Brunei Rencana – Teleskop untuk semua (pelitabrunei.gov.bn)
Fenomena meteor besar hasilkan dentuman kuat
Sumber: Pelita Brunei
(http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=31437)
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ihsan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Februari. – Bunyi dentuman yang disangka guruh diiringi dengan gegaran yang terjadi kira-kira sekitar jam 11.00 pagi kelmarin sedikit sebanyak menimbulkan kepanikan dan menjadi persoalan kepada sebahagian penduduk di negara ini yang mengalami kejadian tersebut.
Jika terjadinya guruh dan kilat tetapi cuaca kelmarin begitu elok sahaja, sehingga ada beberapa persepsi yang mengaitkannya dengan beberapa insiden dari luar negara yang memberi impak kepada negara kita.
Keratan Akhbar Pelita Brunei Edisi Rabu, 03 Februari 2021
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) menerusi laman sesawangnya di ‘www.bruneiastronomy.org’, satu meteor besar (fireball) mencetuskan letupan yang disaksikan pada siang hari kelmarin, 31 Januari 2021.
Sehubungan itu, PABD menerima banyak laporan daripada orang ramai yang mendengar letupan kuat di awan dan mengumpulkan laporan saksi yang menyaksikan kejadian tersebut.
FENOMENA alam, iaitu meteor (fireball) yang disaksikan terbakar di ruang angkasa Negara Brunei Darussalam yang mencetuskan tanda tanya penduduk yang mendengarkan dentuman kuat kira-kira jam 11.00 pagi kelmarin.
Sebahagian penduduk yang menyaksikan fenomena menakjubkan itu hingga menghasilkan bunyi dentuman yang menimbulkan ‘shockwave’ yang besar dari meteor yang terbakar di ruang angkasa di negara ini.
Salah seorang saksi, Abdul Wafiy bin Haji Rudzi berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain pada ketika itu ada berkumpul dalam Jimny Community dari Kampung Tanjong Nangka yang hendak ke Kulapis, lalu berhenti sebentar untuk mengambil gambar sekitar kawasan itu.
Selang beberapa minit kemudian, beliau menyaksikan sesuatu yang aneh di awan dan memberitahu kepada rakan-rakannya yang lain dan beranggapan itu adalah permainan bunga api kerana benda itu mengeluarkan cahaya yang terang berwarna merah dan hijau diliputi asap, kemudian mengeluarkan bunyi letupan selepas beberapa saat.
Selepas itu, mereka pun masih bertanya-tanya mengenai kejadian itu.
Meskipun ‘drone’ mereka tidak sempat merakam, tetapi kamera ‘dashcam’ keretanya dapat merakamkan detik itu.
Meteor adalah fenomena alam yang rawak dan sukar diramal. Selalunya meteor terhasil apabila batuan angkasa yang dipanggil meteoroid terbakar di ruang angkasa. Namun jika meteoroid yang lebih besar tidak habis terbakar dalam perjalanannya di atmosfera dan mencapai permukaan bumi, objek yang dihasilkan adalah dipanggil meteorit.
Berusaha memajukan astronomi Islam
Pelita Brunei
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Ihsan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 Oktober – Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) selaku satu-satunya agensi bukan kerajaan yang berkaitan dengan bidang astronomi di Negara Brunei Darussalam (NBD) memainkan peranan dalam memajukan bidang ini, terutamanya astronomi Islam (Falak Syarie) melalui pelbagai inisiatif dan mempelbagaikan program bagi menarik minat masyarakat.
Antara lain, strategi utama PABD adalah untuk memastikan pendedahan terhadap bidang astronomi dalam kalangan masyarakat di NBD melalui penganjuran cerapan astronomi di peringkat kebangsaan.
PABD didaftarkan secara rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan, Pasukan Polis Diraja Brunei pada 6 Januari 2003 dan sejak ditubuhkan, pelbagai kegiatan dilaksanakan bagi mencapai matlamat utama organisasi, iaitu menggalakkan penyebaran Ilmu Falak dan Astronomi ke dalam masyarakat melalui aktiviti pendidikan di negara ini.
Menurut salah seorang ahli PABD, Awang Mohammad Husaini bin Ali Hassan, aktiviti-aktiviti PABD memfokuskan kepada pencerapan hilal, Gerhana Matahari / Bulan, jejak komet, Astronomy Talk / Theater serta cerapan planet / bintang dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tambahnya, diadakan di beberapa tempat di negara ini. Sebagai contoh bagi aktiviti Stargazing, PABD akan membuat di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya terang, iaitu Light Pollution, seperti di kawasan pedalaman Daerah Tutong dan Temburong.
Manakala bagi cerapan hilal pula ujarnya, PABD dijemput dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan dan tertakluk kepada kebenaran dan tempat yang disediakan.
Menurutnya, peraturan dan maklumat terperinci mengenai PABD diterbitkan dalam Perlembagaan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (Perlembagaan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam), semasa mesyuarat anggota PABD sementara pada tahun 2002.
Pada ketika ini ujar beliau, persatuan ini mempunyai pelindung dan lembaga penasihat, serta pentadbiran PABD bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Eksekutif. PABD juga menjalin kerjasama bersama persatuan-persatuan luar negara bukan sahaja di negara-negara ASEAN, malahan juga antarabangsa International Astronomical Union (IAU).
Awang Mohammad Husaini seterusnya berkata bahawa antara objektif penubuhan PABD adalah untuk mempromosikan dan memajukan bidang astronomi, khususnya astronomi Islam (astronomi Syarie) di NBD, selain mendedahkan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan astronomi.
Di samping itu, PABD juga boleh memberikan khidmat nasihat atau rundingan dalam bidang astronomi kepada mana-mana individu atau agensi, mengatur dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan bidang astronomi dalam kalangan ahli PABD dan aktiviti sukan, sosial, budaya dan kebajikan yang lain serta menyebarkan pengetahuan dan maklumat dalam pelbagai aspek astronomi.
PABD jelasnya, mengumpulkan peminat astronomi dan peminat ruang angkasa di negara ini dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai PABD. Mereka yang berminat boleh mendaftar di Laman Sesawang PABD : ‘www.bruneiastronomy.org’.
Beliau menambah, PABD akan sentiasa mendekatkan masyarakat dan memperkembangkan pengetahuan astronomi ini melalui teknologi pada ketika ini, seperti laman media sosial untuk memperlihatkan kepada masyarakat tentang kegiatan PABD.
Dalam pada itu, PABD juga akan memenuhi permintaan orang ramai untuk membuat aktiviti perkhemahan dan Stargazing, seperti melihat planet / bulan dan bintang.
Sumber Asal Pelita Brunei: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=29434