name exoworlds – BruneiAstronomy
Siaran Akhbar: 100 000 Orang dari 110 Negara Memilih Nama Exoplanet Sempena Ulang Tahun IAU yang ke-100
Selasa, 17 Disember 2019
Disediakan oleh Nur Bazilah binti Zainal Abidin
Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam selaku IAU National Outreach Coordinator
Paris – Sebanyak 110 pasangan nama exoplanet dan bintang induknya diberikan nama melalui kempen IAU100 NameExoWorlds telah diumumkan di sidang media di Paris pada 17 Disember 2019. Bersempena ulang tahun Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang ke-100 pada tahun ini, kempen di peringkat nasional telah dianjurkan di  110 negara yang melibatkan penyertaan lebih dari 780,000 orang di seluruh dunia, untuk mencadangkan dan memilih nama-nama bagi setiap exoplanet dan bintang induk negara masing-masing.
Projek IAU100 NameExoWorlds telah melihat penyertaan yang meluas dan
besar-besaran di seluruh dunia untuk memberikan masyarakat umum peluang untuk
mencadangkan nama-nama sistem exoplanet yang bermakna, kreatif dan unik bagi
negara masing-masing. Penganjuran ini adalah kali yang kedua dalam sejarah di
mana sebuah kempen telah menghasilkan penamaan bintang dan exoplanet. Pada keseluruhannya,
sebanyak 360,000 cadangan nama telah diterima dari 110 negara. Penganjur program
di setiap negara telah menyenarai pendekkan nama-nama yang dicadangkan, dan
seterusnya dibukakan bagi pemilihan melalui undian kepada orang ramai. Seramai
420,000 orang telah mengundi calon-calon nama yang diberikan. Projek ini akan
memberikan kesan yang berkekalan di mana nama-nama yang dipilih sebagai
pemenang akan digunakan selari dengan tatanama saintifik yang sedia ada dengan
penghargaan kepada individu, kumpulan ataupun institusi yang telah mencadangkan
nama tersebut.
“Sejak beberapa tahun yang lalu, pemerhatian astronomi telah menemui lebih
daripada 4,000 planet yang mengorbit bintang-bintang yang lain – lalu dipanggil
sebagai exoplanet. Kira-kira setiap 2½ tahun, jumlah penemuan dijangka akan
bertambah dua kali ganda, dan mendedahkan jumlah populasi planet-planet baru dengan
meletakkan bumi dan sistem suria kita sebagai perspektif. Mengikut statistik, kebanyakan
bintang-bintang di langit berkemungkinan besar dikelilingi oleh
planet-planetnya yang tersendiri – yang berada di mana-mana,” kata Eric
Mamajek, pengerusi bersama jawatankuasa NameExoWorlds. “Ahli-ahli astronomi
memperkenalkan penemuan baru mereka dengan menggunakan sistem penamaan seperti
nombor telefon, terdapat juga minat yang semakin meningkat dari kalangan ahli
astronomi dan juga orang ramai untuk memberikan nama yang bersesuaian seperti
yang telah dilakukan untuk jasad-jasad astronomi lain dalam sistem suria,”
sambung Mamajek.
Projek global IAU100 NameExoWorld ini juga dianjurkan untuk mewujudkan
kesedaran tentang kedudukan kita di alam semesta, dan dalam masa yang sama memberikan
gambaran potensi sebuah tamadun bumi kita di planet lain. Oleh sebab IAU adalah
pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab untuk memberikan nama-nama rasmi
kepada badan-badan angkasa, sambutan IAU100 pada tahun 2019 ini memberikan
kesempatan bagi setiap negara untuk memberi nama kepada satu sistem planet yang
mengandungi sebuah exoplanet dan bintang induknya. Pengurus Projek IAU100
NameExoWorlds, Eduardo Monfardini Penteado mengatakan “Kempen IAU100
NameExoWorlds telah memberikan peluang kepada orang ramai untuk melibatkan diri
dan berkesempatan untuk menamakan lebih daripada 100 exoplanet dan bintang
induk yang baru, dan juga untuk membantu pihak IAU mewujudkan tema penamaan bagi
penemuan-penemuan dalam sistem tersebut di masa yang akan datang.”
Setiap bintang yang diperuntukkan di setiap negara boleh dicerap dari
negara itu sendiri dan ianya cukup terang untuk dilihat dengan menggunakan
teleskop kecil. Setiap negara mempunyai jawatankuasa kebangsaan masing-masing bagi
penganjuran IAU100 NameExoWorlds mengikut kaedah dan garis panduan yang telah
ditetapkan, mereka bertanggungjawab untuk menetapkan syarat-syarat penyertaan dari
orang ramai, menyebarkan projek tersebut di negara masing-masing dan juga
membuat sistem pengundian.
Exoplanet yang baru dinamakan berkemungkinan ialah sebuah gas gergasi
besar, dan semuanya dijumpai berdasarkan satu daripada dua kaedah: kaedah
transit – di mana planet-planet yang diperhatikan melintasi di depan bintang
induknya dan menutup sebahagian cahaya dari bintang tersebut; dan kaedah halaju
radial – di mana pengukuran yang teliti terhadap spektrum bintang mendedahkan
ianya bergoyang ulang alik disebabkan oleh graviti planetnya [1].
Nama baru yang diiktiraf oleh IAU untuk exoplanet (HD 179949b) dan bintang induknya
(HD 179949) adalah Mastika dan Gumala. Kedua nama tersebut dikaitkan dengan
permata dan batu yang berharga dalam Bahasa Melayu. Nama berkenan telah
dicadangkan oleh Pengiran Mohammad Rezal bin Pengiran Hj Osman dari negara
Brunei Darussalam melalui penganjuran program NameExoWorlds oleh Persatuan
astronomi Negara Brunei Darussalam.
Antara contoh-contoh nama baru IAU untuk exoplanet dan bintang induknya:
Ireland: Nama-nama
anjing mitologi (Bran, Tuiren) dari legenda orang Irish “The Birth of Bran”,
untuk planet HAT-P-36b (Bran) mengelilingi bintang HAT-P-36 (Tuiren) dalam
buruj Canes Venatici (Anjing Pemburuan);
Jordan: Nama-nama
bandar-bandar purba dan kawasan yang dilindungi di Jordan Selatan, untuk
exoplanet WASP-80b (Wadirum) mengelilingi bintang WASP-80 (Petra) dalam buruj
Aquila (Helang);
Burkina Faso: Nama
baru untuk planet HD 30856 b (Nakambé) dan bintangnya HD 30856 (Mouhoun)
merujuk kepada nama tempatan untuk sungai-sungai yang terkenal di Burkina Faso.
Sistem ini juga terletak di dalam buruj sungai Eridanus (Sungai).
Sebagai pengiktirafan bagi Tahun Antarabangsa untuk Bahasa Pribumi UN 2019,
orang-orang berbahasa pribumi juga digalakkan untuk mencadangkan nama-nama
daripada bahasa mereka, dan beberapa nama yang terpilih adalah mengenai
etimologi pribumi. Di Argentina, cadangan yang menang telah dikemukakan oleh
seorang guru dan pemimpin komuniti asli Moquit. Nama baru untuk planet HD 48265
b (Naqaya) dan bintang HD 48265 (Nosaxa) bermaksud “brother-family-relative”
(merujuk kepada semua manusia sebagai “brothers”) dan musim bunga (secara
literal, tahun baru) dalam bahasa Moqoit.
“Pihak IAU sangat berbesar hati dengan penglibatan banyak negara melalui kempen
NameExoWorlds yang bertaraf antarabangsa,” kata Presiden terpilih IAU, Debra
Elmegreen. “Ianya sangat memuaskan bahawa begitu ramai penduduk di seluruh
dunia telah membantu mencipta nama untuk sistem planet yang signifikan untuk
budaya dan warisan mereka. Usaha ini mampu untuk menyatukan kita dalam
penerokaan Alam Semesta.”
Projek NameExoWorlds merupakan program dalam rangka kerja Ulang Tahun IAU
yang ke 100 pada tahun 2019. Sepanjang abad yang lalu, sebanyak 5,000 aktiviti
meliputi 140 negara, berjuta-juta orang di serata dunia menyambut
penemuan-penemuan astronomi yang telah mencorak sains, teknologi dan budaya,
dan juga memfokuskan kepentingan astronomi dalam pendidikan, pembangunan dan
diplomasi. Dapatkan maklumat yang lebih lanjut di laman sesawang IAU100
(http://www.iau-100.org/).
“Sepanjang tahun ini kami telah melibatkan orang awam melalui pelbagai aktiviti
astronomi masyarakat untuk sambutan ulang tahun IAU yang ke-100. Projek global
NameExoWorlds telah menjadi sebuah inisiatif yang sempurna sebagai penutup
tirai tahun ini. Ianya pasti akan memberi kesan yang berpanjangan untuk
tahun-tahun yang akan datang,” kata Presiden IAU Ewine van Dishoeck.
Nota
[1] Kaedah yang terakhir telah diperkenalkan oleh
pemenang-pemenang The 2019 Nobel Prize in Physics “for the discovery of an
exoplanet orbiting a solar-type star” pada tahun 1995. Exoplanet tersebut 51
Pegasi b, telah dinamakan Dimidium semasa
kempen awam yang pertama NameExoWorlds tahun 2015.
Maklumat Lanjut
IAU ialah sebuah organisasi astronomi antarabangsa yang menyatukan lebih
daripada 13,500 ahli astronomi profesional dari lebih 100 negara di seluruh
dunia. Misi organisasi ini adalah untuk mempromosi  dan memelihara astronomi dari semua aspek
termasuk penyelidikan, perhubungan, pendidikan dan pembangunan, melalui
kerjasama di peringkat antarabangsa. IAU juga berperanan sebagai pihak yang
berkuasa untuk memberikan nama kepada badan-badan angkasa dan ciri-ciri
permukaannya. Ditubuhkan pada tahun 1919, IAU ialah sebuah badan profesional
yang terbesar untuk ahli-ahli astronomi.
Maklumat Perhubungan
Setiausaha Agung
Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
+6738820277
pabd@bruneiastronomy.org
www.bruneiastronomy.org
Siaran Akhbar
IAU to Officially Announce NameExoWorlds Results on Dec 17, 2019
A press conference to present the official results of the NameExoWorlds campaign to name more than 100 exoplanets and host stars by the International Astronomical Union (IAU) will be held on Tuesday, 17 December 2019 at 6 pm (Brunei Time) from Observatoire de Paris, Salle Cassini.
A live streaming of the session is available via Youtube https://www.youtube.com/watch?v=we4E8Yuc0Nc
Siaran Akhbar: Undian Awam dibuka bagi Name Exoworlds Brunei Darussalam mulai 13 Oktober hingga 13 November 2019
Bandar Seri Begawan – Perlaksanaan program menamakan Bintang dan Exoplanet (Name Exoworlds) Brunei Darussalam anjuran Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam selaku International Astronomical Union (IAU) National Outreach Coordinator yang sedang dijalankan telah mencapai ke peringkat kemuncaknya.
Yang Mulia Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
Sejak pelancarannya pada Ogos 2019, inisiatif berkenaan
telah berjaya menerima sebanyak 242 cadangan nama bagi Bintang Induk HD 179949
bersama Exoplanet HD 179949b. Keseluruhan cadangan nama adalah daripada 211
orang peserta yang terdiri daripada individu perseorangan, wakil-wakil pelajar
daripada institusi-institusi pendidikan, wakil organisasi kerajaan serta agensi
bukan kerajaan di negara ini.
“Penyertaan yang amat menggalakkan ini telah mencerminkan wujudnya usaha dan kesedaran yang ketara dari kalangan masyarakat dan pelbagai pihak dalam mengembangkan dan memajukan bidang astronomi di negara Brunei Darussalam.” kata YM Hj Abdul Aziz bin Hj Akob, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam, semasa ucapan pelancaran Sempena Pembukaan Undian Awam bagi Name Exoworlds Brunei Darussalam pada 13 Safar 1440 bersamaan 12 Oktober 2019.
Pemilihan cadangan nama bintang bersama planetnya bagi Brunei Darussalam telahpun disempurnakan semasa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 12 Safar 1441H bersamaan 11 Oktober 2019 bagi menyenaraipendek cadangan nama berkenaan.  Mesyuarat tersebut telah dipimpin oleh Dr Hj Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Hj Ahmad, Timbalan Setiausaha II Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam selaku Ketua Hakim. Kesemua cadangan telah dinilai akan kesesuaiannya bagi memastikan nama tersebut adalah mengikut garispandu bagi pengiktirafan penamaan objek astronomi yang telah ditetapkan oleh Badan Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) serta patuh pada syarat-syarat penyertaan.
Hasil sesi mesyuarat tersebut telahpun menetapkan senarai pendek sebanyak 10 cadangan nama bintang Induk (HD 179949) serta Exoplanet (HD 179949 b) bagi pemilihan umum seperti berikut:
Senarai pendek
Nama bintang Induk
Nama Exoplanet
Exoworlds 1
Arik
Rinut
Exoworlds 2
Arkat
Kandila
Exoworlds 3
Ginis
Cikar
Exoworlds 4
Gumala
Mastika
Exoworlds 5
Kalapmalip
Diyan
Exoworlds 6
Lantira
Kulimpapat
Exoworlds 7
Maya
Berawa
Exoworlds 8
Nulus
Liun
Exoworlds 9
Semaun
Sangkuna
Exoworlds 10
Surapit
Petabu
Program tersebut akan memberikan peluang kepada orang ramai untuk memilih nama bintang dan planet tersebut yang sesuai untuk negara Brunei. Undian secara atas talian (online) melalui www.bruneiastronomy.org/NameExoWorlds akan mula dibukakan bermula 13 Oktober 2019 sehingga 13 November 2019. Nama-nama yang mendapat undian tertinggi itu nanti adalah layak untuk dicadang kepada IAU Office for Outreach bagi pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai nama umum yang kekal serta menjadi kebanggaan orang Brunei.
“Dengan kalimah Bismillahir Rahmannir Rahim, Selawat  serta  salam  ke atas  junjungan  besar  kita Nabi  Muhammad  Sallahu  Alaihi  Wassalam  serta bertawakal  kepada  Allah  Subhanahu  Wata’ala saya dengan ini  melancarkan Pembukaan Undian Awam bagi Name Exoworlds Negara Brunei Darussalam bermula esok, Ahad, 14 Safar 1441 bersamaan 13 Oktober 2019”, ucap YM Hj Abdul Aziz bin Hj Akob lagi yang mana pelancaran tersebut telah disiarkan secara langsung melalui laman Facebook persatuan berkenaan.