Bicara Langit Sempena Hari Kebangsaan ke-64: Tanah, Air dan Langit - Kisah 2 Negara

Astro lounge on falak syarie, astro programmes and stargazing activities etc. Supported by Brunei National Outreach Coordinator, IAU OAO
Post Reply
User avatar
hazarry
Posts: 124
Joined: Mon Jul 19, 2021 10:27 pm

Bicara Langit Sempena Hari Kebangsaan ke-64: Tanah, Air dan Langit - Kisah 2 Negara

Post by hazarry »

Bicara Langit Sempena Hari Kebangsaan ke-64: Tanah, Air dan Langit - Kisah 2 Negara

Tanah air kita–Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64. Dark Sky Malaysia (DSM) amat menghargai hubungan erat yang wujud antara pelbagai kumpulan etnik di negara ini, dalam masa yang sama menjasai pertalian antara rumpun penduduk di Malaysia dan Indonesia. DSM memilih tema 'Tanah, Air dan LANGIT - Kisah 2 Negara' untuk Program Bicara Langit Sempena Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini.

Program ini mempunyai objektif untuk memperkenalkan pengetahuan dan amalan berkenaan langit dalam 'wéltanschauung' masyarakat Jawa. Kebudayaan langit orang Jawa melibatkan sejarah pemikiran astronomi yang telah mengakar sejak zaman Hindhu-Buddha sehinggalah tersebarnya Islam pada hari ini. Kebudayaan Jawa juga berkembang subur di Malaysia khususnya di negeri Johor dan Selangor tetapi pemahaman astronomi Jawa di negara kita tidak begitu diketahui umum berbanding di Indonesia.

Dalam menanamkan kefahaman tentang budaya Jawa di samping meraikan kepelbagaian budaya lokal, DSM berhasrat agar program ini dapat mencari titik pertemuan yang akan mengukuhkan lagi semangat persaudaraan antara dua negara, di bawah satu langit yang sama.

Program ini akan menampilkan Pak Widya Sawitar dari Planetarium & Observatorium Jakarta, seorang tokoh astronomi kebudayaan yang dikenali sebagai 'bapa astronomi amatur' di Indonesia, bersama Saudari Nurul Fatini Jaafar yang merupakan seorang penyelidik etnoastronomi Alam Melayu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Kami akan bukakan ruang soal jawab di penghujung program. Anda boleh kemukakan soalan di google form bit.ly/bicaralangit64

Program akan ini berlangsung pada hari RABU 1 September 2021, JAM 8.30 MALAM. Ikuti siaran langsung di Facebook dan Youtube Dark Sky Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/darkskymalaysia
Youtube: https://youtube.com/channel/UCHwedG4pjSAohXF5KlfD27Q
Post Reply