Miri Miliki Pusat Astronomi Islam

Astro lounge on falak syarie, astro programmes and stargazing activities etc. Supported by Brunei National Outreach Coordinator, IAU OAO
Post Reply
User avatar
hazarry
Posts: 105
Joined: Mon Jul 19, 2021 10:27 pm

Miri Miliki Pusat Astronomi Islam

Post by hazarry »

AHAD, 15 OGOS 2021

MIRI: Bandaraya Miri kini mempunyai sebuah pusat astronomi Islam iaitu Pusat Falak Miri.

Pusat Falak Miri ini merupakan sebuah tempat untuk mencerap atau melihat anak bulan dan bangunan ini merupakan bangunan pertama seumpamanya yang ada di Sarawak.

Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin telah menyempurnakan penyerahan Pusat Falak Miri telah berlangsung di Pusat Falak Miri, Luak Esplanade, Miri pada Jumaat.

Balai Mini Cerap atau ‘Hilal’ yang berbentuk `platform’ telah siap sepenuhnya pada 13 Julai 2021 yang menempatkan surau dan kemudahan lain bagi membolehkan melihat anak bulan pada setiap bulan.

Antara kemudahan yang terdapat di Pusat Falak Miri ialah ruang cerap, bilik persalinan, bilik mesyuarat, pantri dan ruang mihrab.

Pusat Falak Miri ini dijangka akan memberi peluang dan ruang terbaik kepada orang Islam dan bukan Islam mengetahui tentang ilmu falak (astronomi) selain membolehkan orang ramai dan pelancong menjadikannya sebagai tempat pelancongan menarik kerana Luak Esplanade Mirinmerupakan salah satu kawasan riadah penduduk di Bandaraya Miri.

Hadir sama Pengurus Wilayah Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri Ir. Teo Nguong Leong, Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Miri Temenggong Datu Abdul Rahman Fadzail dan wakil Pemangku Residen Bahagian Miri Arshad Shamsu. -EDISI UKAS

Text Source: https://ukas.sarawak.gov.my/2021/08/15/ ... omi-islam/

Photo source: WhatsApp
20210823_falak_miri01.jpeg
20210823_falak_miri01.jpeg (86.47 KiB) Viewed 540 times
20210823_falak_miri02.jpeg
20210823_falak_miri02.jpeg (63.33 KiB) Viewed 540 times
20210823_falak_miri03.jpeg
20210823_falak_miri03.jpeg (83.34 KiB) Viewed 540 times
20210823_falak_miri04.jpeg
20210823_falak_miri04.jpeg (106.82 KiB) Viewed 540 times
20210823_falak_miri05.jpeg
20210823_falak_miri05.jpeg (114.04 KiB) Viewed 540 times
Post Reply