Transit of Venus from Brunei Darussalam on June 8, 2004 (Photo by Pg Shahdani of PABD). The planet disk or silhouette during the transit of Mercury will be smaller than Venus as seen from the Earth.
Bandar Seri Begawan – The planet Mercury will transit in front of the sun on 11 November and ends on 12 November (Brunei Time). The passage will take for a total of 5h 28m 48s and will be visible from America, Europe, Africa and Western Asia. The phenomenon will not be visible from South East Asia including Brunei Darussalam and Australia.
Planet transit takes place in stages and the followings are the key time of contacts (Brunei Time) : I (first external contact of Mercury with the Sun’s disk): 20h 35m 26s II (first internal contact of Mercury with the solar disk) : 20h 37m 08s Greatest (distance between the planet’s disk and the sun’s centre at minimum): 23h 19m 48s III (last internal contact): 2h 02m 33s IV (last external contact): 2h 04m 14s
Mercury transit happens about 13 or 14 per century, and this is the last one for 13 years. The next one is on November 12, 2032.
A rare ISS transit the Moon, a composite of 5 images by Hj Md Azri
Kuala Belait – The International Space Station (ISS) flew exactly in front of the Moon on Thursday morning, Sep 19, 2019 at precisely 05:29:46.49 am for 0.61 seconds.
Despite of the hazy sky, the space station passing in front of the moon which takes less than a second was observable by a group of astrophotgraphers from the Astronomical Society of Brunei Darussalam over Panaga, Brunei Darussalam.
At zoomed in, the array of solar panels and outlines of the station are fairly visible. Picture by Hj Md Azri
Exactly 7 years ago today, on June 6, 2012, Venus passed in front of the Sun from Brunei Darussalam. This phenomenon knows as Venus Transit won’t occur for more than 100 years, the next one is on 2117 Dec 11.
The rare transit of Venus through a telescope from Brunei Darussalam (Photo by Hj Mahadi bin Tahir)
Photo by Hj Mahadi, President of the Astronomical Society of Brunei Darussalam.
Bandar Seri Begawan – pada petang 8 Jun 2004, penduduk negara ini akan berpeluang menyaksikan planet Zuhrah (atau Kejora) melintasi di hadapan matahari buat pertama kali sejak 122 tahun yang lalu.
Fenomena yang menakjubkan ini lebih dikenali sebagai transit Zuhrah dan kali terakhir berlaku dalam tahun 1882. Ini bermakna, tidak ada sesiapa yang hidup pada hari ini yang telah menjadi saksi peristiwa itu.
Istilah transit adalah fenomena astronomi di mana sebuah objek samawi (seperti planet atau bulan) melintas di hadapan sebuah objek samawi lain yang lebih besar (seperti matahari atau bintang). Manakala transit planet berlaku apabila sebuah planet melintas di hadapan matahari.
Fenomena transit Zuhrah adalah jarang sekali berlaku iaitu hanya 4 kali setiap 243 tahun.
Ketika fenomena ini berlaku, planet Kejora akan kelihatan seperti sebuah bulatan berwarna hitam, bersaiz 1/32 diameter matahari, perlahan-lahan merentasi Matahari.
Transit Zuhrah kali ini memberi kesempatan hampir seluruh penduduk di dunia untuk menyaksikannya. Di samping dari Negara kita, transit akan turut dapat disaksikan dari Eropah, Afrika, Timur Tengah dan kebanyakkan Asia. Manakala, ia tidak akan kelihatan.dari selatan Argentina, barat Amerika Syarikat, Hawaii dan New Zealand.
Waktu fasa-fasa transit dan arah lintasan Zuhrah ketika transit pada 8 Jun 2004.
Bagi negara ini, kejadian astronomi ini akan bermula apabila cakera Zuhrah mula menyentuh cakera matahari iaitu pada saat kontak pertama pada jam 1:11 petang waktu tempatan.
Lapan belas minit kemudian, keseluruhan planet tersebut akan berada di dalam cakera matahari pada jam 1:29 petang.
Kejora akan berada semakin jauh ke dalam cakera matahari dan puncak transit akan berlaku pada jam 4:14 ptg.
Kontak ketiga berlaku pada jam 7:01 malam sewaktu Zuhrah mula keluar dari cakera matahari.
Transit akan tamat ketika berlakunya sentuhan terakhir cakera Zuhrah dengan matahari iaitu pada jam 7:20 malam.
Peristiwa transit ini akan berlangsung lebih 6 jam. Namun bagi negara kita transit hanya akan dapat disaksikan dari Kontak I sehingga matahari terbenam iaitu pada jam 6:30 petang.
Orang ramai adalah dilarang melihat matahari secara terus atau dengan binokular atau teleskop. Ini kerana, ia boleh mengakibatkan kerosakan mata dan buta. Ada beberapa kaedah yang selamat untuk melihat transit ini.
Transit boleh diamati dengan mata kasar kerana Zuhrah mampu dilihat tanpa mengunakan teleskop atau binokular dan ia akan kelihatan satu titik gelap. Akan tetapi seseorang hendaklah memakai penuras suria yang bersesuai seperti βWelderβs Glassβ atau kaca mata tukang kimpal besi yang bernombor #13 atau #14. Kacamata khas untuk melihat gerhana juga boleh dipakai.
Penapis yang tidak selamat seperti kaca mata hitam, pembungkus gula-gula, cakera padat dan beg plastik adalah tidak sesuai untuk dipakai. Walaupun, barang tadi boleh mengurangkan sinaran matahari, tetapi radiasi inframerah dari matahari tidak sepenuhnya ditapis dan masih mengalirkan haba yang boleh merosakkan mata.
Cara lain yang lebih selamat adalah menggunakan teknik projeksi. Teknik ini begitu mudah di mana anda hanya memerlukan binokular atau teleskop dan sehelai kertas putih sebagai skrin. Anda perlu halakan binokular atau teleskop ke arah matahari dan projekkan imej matahari yang terhasil ke atas skrin.
Unit Astronomi Jabatan Ukur dibantu oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam akan mengadakan cerapan transit ini pada petang 8 Jun 2004, bertempat di kawasan letak kereta Jabatan Ukur, Berakas, mulai jam 12:30 tengah hari hingga 6 petang. Orang ramai adalah di alu-alukan hadir untuk menyaksikan fenomena transit yang bersejarah ini dan masuk adalah percuma.
Penglihatan akan dibuat mengunakan sebuah teleskop yang berkuasa tinggi yang dilengkapi dengan penuras suria untuk melihat transit dengan lebih terperinci. Beberapa buah teleskop kecil dengan penuras dan binokular menggunakan kaedah projeksi dan sebuah βsolarscopeβ juga disediakan untuk kegunaan orang ramai melihat transit tersebut dengan selamat.
Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang melihat transit Zuhrah ini. Ini kerana di dalam abad ini, kita hanya berpeluang untuk menyaksikan dua transit Zuhrah sahaja yang berlaku pada petang 8 Jun 2004 ini dan sekali lagi akan berlaku lapan tahun dari sekarang iaitu pada 6 Jun 2012. Selepas itu ia tidak akan berlaku sehingga tahun 2117.
Untuk Siaran Akhbar:
Media Permata, Brunei Press (Cadangan disiarkan pada 8 Jun 2004), Seksyen Berita, Radio Televisyen Brunei (Cadangan disiarkan pada 7 Jun 2004)dan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan (Rujukan)
Kertas Kerja Seminar Astronomi Transit Planet Zuhrah 08 Jun 2004 Oleh Hazarry Haji Ali Ahmad – Download it Here
X
Due to the recent outbreak of the 2019 Novel Coronavirus (Covid-19), the Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD) has postponed most of our public engagement activities such as stargazing, new moon observation etc. until further notice and focus on implementing Astronomy at Home or in a small group activity. This is in view of prevention and to control the spread of the infection in Brunei Darussalam.