Oleh Lyna Mohamad
Gambar oleh Bahyiah Bakir
Media Permata
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN β Pemerhati dan peminat tegar astronomi di seluruh dunia termasuk di negara ini hari ini bukan sahaja berpeluang menyaksikan fenomena alam, gerhana matahari anulus (cincin), malahan terpukau dan teruja dengan keunikannya.
Fenomena yang berlaku ketika bulan melintasi antara bumi dan matahari β tidak terlalu hampir dengan bumi dan tidak terlindung sepenuhnya daripada cahaya, meninggalkan kesan lingkaran yang boleh dilihat.
Gerhana matahari cincin itu berlaku dalam tempoh satu atau dua tahun dan hanya boleh dilihat dari laluan sempit melintasi planet. Ketika fenomena itu berlaku, beberapa kawasan akan bergelap selama satu minit 22 saat.
Negara Brunei Darussalam melalui Persatuan Astronomi Brunei Darussalam (PABD) turut menantikan fenomena ini dan mengadakan penstriman langsung di platform media sosial mereka.
