Executive Committees 2005-2006

photo_ajk05

PABD administration accountable to the members of the Executive Committee of PABD. Appointment of the Executive Committee for the session 2005/2006 was held on April 01, 2005 i.e. during the 1st Annual General Meeting of the association. Appointed executive committee members are:

photo_ydp

Awang Hj Mahadi bin Hj Mohd Tahir
(Yang Di Pertua PABD)
Jabatan Ukur
Kementerian Pembangunan
BSB BB3510
Brunei Darussalam
Tel: 2382171 ext 5206 (P)
E-mel: mahadi@bruneiastronomy.org

photo_nydp_johar

Ustaz Johar bin Hj Mohamad
(Naib Yang Di Pertua PABD)
Mahkamah Rendah Syariah Bandar Seri Begawan
Jalan Elizabeth 2
Bandar Seri Begawan
Brunei Darussalam
Tel: 2244178 (P)
E-mel:-

photo_sua_hazarry

Awang Hazarry bin Hj Ali Ahmad
(Setiausaha Agung PABD)
No. 24, Spg. 442.
Kampong Keriam.
TB1141. Brunei.
Tel: 4221581(R)
Tel: 8820277 (M)
E-mel: hazarry@bruneiastronomy.org

photo_tsua1

Awang Hj Julaihi bin Hj Lamat
(Timbalan Setiausaha Agung I PABD)Jabatan Ukur
Kementerian Pembangunan
BSB BB3510
Brunei Darussalam
Tel: 2382171 ext 5209 (P)
E-mel:-

photo_tsua2

Pengiran Shahdani Bin Pengiran Anom
(Timbalan Setiausaha Agung II PABD)
Kg. Kiarong. BSB.
Brunei Darussalam.
Tel: –
E-mel: shah@bruneiastronomy.org

photo_ba

Dayangku Ratna Suria Pengiran Dato Haji Hamzad
(Bendahari Agung PABD)
Jalan Pasir Berakas. Berakas Kem.
Brunei Darussalam.
Tel:-
E-mel: –

photo_ajk_azri1

Awang Hj Mohamad Azri bin Hj Awang Ibrahim
(Jawatan Eksekutif Biasa PABD)
714, Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan.
BA1111. Brunei Darussalam.
Tel: –
E-mel: azri@bruneiastronomy.org

photo_ajk2_abdaziz

Ustaz Hj Abd Aziz bin Hj Akop
(Jawatan Eksekutif Biasa PABD)
Jabatan Hal Ehwal Syariah
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2240185 (P)
E-mel: –

photo_ajk3_akomarali

Awangku Omarali bin Pengiran Muslim
(Jawatan Eksekutif Biasa PABD)
RPN Lambak Kanan. BC2515.
Brunei Darussalam.
Tel: 2391359 (R)
E-mel: –

photo_ajk4_daud

Daud bin Jihan
Jawatan Eksekutif Biasa PABD)
Kampong Belimbing Satu, Subok.
Brunei Darussalam.
Tel: 2382171 (P)
E-mel: –

photo_ajk5_harty

Dayangku Hartyana Pengiran Haji Osman
(Jawatan Eksekutif Biasa PABD)
No 589, Spg 589.
Kampong Sungai Besar.
Jalan Kota Batu. BD2517.
Brunei Darussalam.
Tel: 2787445 (R)
E-mel: arkyna2425(a)hotmail.com

* Oleh sebab untuk mengelakkan spam, sila tukar emel (a) kepada @.

2005 Apr 01 New Executive Committees for Brunei Astronomical Society

[REPOST] For Press Release 03 April 2005

Released 16 April 2005.

Awang Hj Mahadi bin Mohd. Tahir, a surveyor, was re-elected to be the new president of the Brunei Darussalam Astronomical Society (PABD).

The election took place at the association’s first Annual General Meeting last Friday afternoon (01 April 2005) at International Convention Centre in the capital. The meeting commenced at 3.00 pm and proceeded with the restructuring the Pro-Tem committees, signing of the Society’s Constitution and preparing its annual activities. Continue reading “2005 Apr 01 New Executive Committees for Brunei Astronomical Society”

2004 Nov 13 Laporan Cerapan Hilal Syawal 1425H anak bulan yang paling muda kelihatan

Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20  jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.
Anak bulan Syawal 1425 H pada 13 Nov 2004 yang berumur kurang 20 jam. Bukit Agok. Oleh Pg Shahdani Pg Anom.

Bandar Seri Begawan, 13 November 2004 – Rukyah Hilal Syawal diadakan pada petang hari ini bersamaan 29 Ramadhan.

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam juga membuat cerapan anak bulan pada petang tadi bertempat di kawasan lapang Bukit Agok, Tutong. Hanya empat orang ahli PABD yang hadir untuk pencerapan.

Ufuk Barat ketika matahari terbenam (jam 18:02) 13 November 2004. Bukit Agok, Tutong
Ufuk Barat ketika matahari terbenam (jam 18:02) 13 November 2004. Bukit Agok, Tutong

Walaupun kawasan sebelah ufuk barat berawan sedikit, sabit anak bulan yang berumur kurang dari 20 jam telah kelihatan selepas beberapa minit matahari terbenam.
Continue reading “2004 Nov 13 Laporan Cerapan Hilal Syawal 1425H anak bulan yang paling muda kelihatan”

2004 Aug 12 Laporan Cerapan Pancuran Perseids

Bandar Seri Begawan, Khamis (12 Ogos 2004) – Lazimnya setiap tahun pada 11 atau 12 Ogos adalah puncak hari bagi juraian meteor (meteor shower) Perseids. Ketika itu bumi akan melintas debu-debu yang berada di angkasa peninggalan dari komet Swiff-Tuttle. Apabila debu-debu tadi memasuki ruangan atmosfera lalu jatuh ke bumi, ia akan menghasilkan juraian cahaya akibat dari penggeseran dengan molekul udara. Kebiasaannya orang ramai akan memanggilnya sebagai tahi bintang.

Perseids adalah diambil sempena buruj Perseus, “Si Pahlwan”, dari mana juraian meteor tadi berpusat. Pada awal bulan Ogos ia akan terbit dari sebelah timur laut pada tengah malam dari negara Brunei.

Pancuran meteor Perseids pada kebiasaannya bermula dari 23 Julai sehingga 22 Ogos setiap tahun. Akan tetapi pada 11 atau 12 haribulan, pada tarikh tadi juraian meteor sangat aktif dan seseorang boleh melihat sehingga lebih 50 butiran meteor dalam masa sejam. Sekali gus ia memberi peluang kepada peminat cakerawala untuk menyaksikan kejadian yang menarik itu.

Antara ahli-ahli PABD yang hadir. Gambar oleh Pg. Shahdani
Antara ahli-ahli PABD yang hadir. Gambar oleh Pg. Shahdani

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam tidak melepaskan peluang untuk membuat cerapan fenomena juraian meteor Perseids. Cerapan telah pun diadakan bermula pada pukul 11 malam pada 11 Ogos di kawasan lapang Bukit Agok, Tutong. Hadir pada cerapan tersebut ialah Yang Di-Pertua PABD dan ahli-ahli persatuan astronomi. Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur dan segelintir orang awam.

Dari hasil cerapan menggunakan mata kasa yang telah dibuat pada sekitar pukul 2 pagi itu telah mendapati lebih 6 butir meteor yang boleh dilihat dalam masa setengah jam. Kebanyakannya begitu terang dan bergerak dengan kecepatan yang tinggi. Jumlah butiran yang sedikit dari yang dijangkakan itu mungkin disebabkan oleh keadaan yang berawan dan sedikit berjerebu dari tempat cerpan.

Di samping menyaksikan juraian meteor, kehadiran bulan sabit tua yang berada hampir dengan planet Zuhrah di langit pada awal pagi tadi turut menjadi tumpuan mereka yang hadir. Cerapan tamat sekitar jam 5:30 pagi tadi.

2004 Jul 21 Massive Sunspots

2004 Jul 21 Massive Sunspots
2004 Jul 21 Massive Sunspots

Images of the sun from Brunei, photos taken by Pg Shahdani, yesterday (21st July 2004). Seen on the photos is a massive sunspot (black) having about 10 times of the Earth’s size.

The giant sunspot seen on the photos is visible to the naked eye without the aid of telescope but a safe solar observing should be practice such as using eclipse shade, solar filter or using projection method.

The sunspots will remain visible within the next 5 days before dissapearing on the far side. I suggest everyone to make daytime observation of our active Sun.

2004 Jun 07 Peluang saksi Kejora melintasi matahari esok

Oleh Hazarry bin Haji Ali Ahmad

Bandar Seri Begawan – pada petang 8 Jun 2004, penduduk negara ini akan berpeluang menyaksikan planet Zuhrah (atau Kejora) melintasi di hadapan matahari buat pertama kali sejak 122 tahun yang lalu.

Fenomena yang menakjubkan ini lebih dikenali sebagai transit Zuhrah dan kali terakhir berlaku dalam tahun 1882. Ini bermakna, tidak ada sesiapa yang hidup pada hari ini yang telah menjadi saksi peristiwa itu.

Istilah transit adalah fenomena astronomi di mana sebuah objek samawi (seperti planet atau bulan) melintas di hadapan sebuah objek samawi lain yang lebih besar (seperti matahari atau bintang). Manakala transit planet berlaku apabila sebuah planet melintas di hadapan matahari.

Fenomena transit Zuhrah adalah jarang sekali berlaku iaitu hanya 4 kali setiap 243 tahun.

Ketika fenomena ini berlaku, planet Kejora akan kelihatan seperti sebuah bulatan berwarna hitam, bersaiz 1/32 diameter matahari, perlahan-lahan merentasi Matahari.

Transit Zuhrah kali ini memberi kesempatan hampir seluruh penduduk di dunia untuk menyaksikannya. Di samping dari Negara kita, transit akan turut dapat disaksikan dari Eropah, Afrika, Timur Tengah dan kebanyakkan Asia. Manakala, ia tidak akan kelihatan.dari selatan Argentina, barat Amerika Syarikat, Hawaii dan New Zealand.

Waktu fasa-fasa transit dan arah lintasan Zuhrah ketika transit pada 8 Jun 2004.
Waktu fasa-fasa transit dan arah lintasan Zuhrah ketika transit pada 8 Jun 2004.

Bagi negara ini, kejadian astronomi ini akan bermula apabila cakera Zuhrah mula menyentuh cakera matahari iaitu pada saat kontak pertama pada jam 1:11 petang waktu tempatan.

Lapan belas minit kemudian, keseluruhan planet tersebut akan berada di dalam cakera matahari pada jam 1:29 petang.

Kejora akan berada semakin jauh ke dalam cakera matahari dan puncak transit akan berlaku pada jam 4:14 ptg.

Kontak ketiga berlaku pada jam 7:01 malam sewaktu Zuhrah mula keluar dari cakera matahari.

Transit akan tamat ketika berlakunya sentuhan terakhir cakera Zuhrah dengan matahari iaitu pada jam 7:20 malam.

Peristiwa transit ini akan berlangsung lebih 6 jam. Namun bagi negara kita transit hanya akan dapat disaksikan dari Kontak I sehingga matahari terbenam iaitu pada jam 6:30 petang.

Orang ramai adalah dilarang melihat matahari secara terus atau dengan binokular atau teleskop. Ini kerana, ia boleh mengakibatkan kerosakan mata dan buta. Ada beberapa kaedah yang selamat untuk melihat transit ini.

Transit boleh diamati dengan mata kasar kerana Zuhrah mampu dilihat tanpa mengunakan teleskop atau binokular dan ia akan kelihatan satu titik gelap. Akan tetapi seseorang hendaklah memakai penuras suria yang bersesuai seperti “Welder’s Glass” atau kaca mata tukang kimpal besi yang bernombor #13 atau #14. Kacamata khas untuk melihat gerhana juga boleh dipakai.

Penapis yang tidak selamat seperti kaca mata hitam, pembungkus gula-gula, cakera padat dan beg plastik adalah tidak sesuai untuk dipakai. Walaupun, barang tadi boleh mengurangkan sinaran matahari, tetapi radiasi inframerah dari matahari tidak sepenuhnya ditapis dan masih mengalirkan haba yang boleh merosakkan mata.

Cara lain yang lebih selamat adalah menggunakan teknik projeksi. Teknik ini begitu mudah di mana anda hanya memerlukan binokular atau teleskop dan sehelai kertas putih sebagai skrin. Anda perlu halakan binokular atau teleskop ke arah matahari dan projekkan imej matahari yang terhasil ke atas skrin.

Unit Astronomi Jabatan Ukur dibantu oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam akan mengadakan cerapan transit ini pada petang 8 Jun 2004, bertempat di kawasan letak kereta Jabatan Ukur, Berakas, mulai jam 12:30 tengah hari hingga 6 petang. Orang ramai adalah di alu-alukan hadir untuk menyaksikan fenomena transit yang bersejarah ini dan masuk adalah percuma.

Penglihatan akan dibuat mengunakan sebuah teleskop yang berkuasa tinggi yang dilengkapi dengan penuras suria untuk melihat transit dengan lebih terperinci. Beberapa buah teleskop kecil dengan penuras dan binokular menggunakan kaedah projeksi dan sebuah “solarscope” juga disediakan untuk kegunaan orang ramai melihat transit tersebut dengan selamat.

Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang melihat transit Zuhrah ini. Ini kerana di dalam abad ini, kita hanya berpeluang untuk menyaksikan dua transit Zuhrah sahaja yang berlaku pada petang 8 Jun 2004 ini dan sekali lagi akan berlaku lapan tahun dari sekarang iaitu pada 6 Jun 2012. Selepas itu ia tidak akan berlaku sehingga tahun 2117.

Untuk Siaran Akhbar:
Media Permata, Brunei Press (Cadangan disiarkan pada 8 Jun 2004), Seksyen Berita, Radio Televisyen Brunei (Cadangan disiarkan pada 7 Jun 2004)dan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan (Rujukan)