BruneiAstronomy
Astronomy & Falak Syarie in Brunei Darussalam

Oleh Hazarry bin Haji Ali Ahmad, Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam

Bandar Seri Begawan – Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) telah menerima beberapa laporan daripada netizen di negara ini yang telah melihat cahaya yang sangat terang gugur dari langit dipercayai sebuah meteor semalam, hari Ahad, 12 April 2020.

Adakan awda juga telah menyaksikan sebutir meteor yang terang pada hari Ahad, 12 April 2020 sekitar jam 7.30 malam di negara Brunei Darussalam?
  • Tidak 80%, 213 votes
    213 votes 80%
    213 votes - 80% of all votes
  • Ya 20%, 52 votes
    52 votes 20%
    52 votes - 20% of all votes
Total Votes: 265
April 13, 2020 - July 5, 2020
Voting is closed
Dipercayai sebuah meteor yang terang jatuh dari langit di kampong Lambak yang terakam semalam (April 12, 2020) dari kamera telefon bimbit jenama Xiaomi (f/1.75, 21 saat, ISO288, 4.77mm). Gambar oleh Mohammad Nazhif bin Haji Abdul Khalid

Di saat ingin mengambil gambar planet Venus di langit senja, Mohammad Nazhif bin Haji Abdul Khalid, 19 tahun, telah terlihat sebutir meteor yang sangat terang muncul meluncur dari langit dan telah terakam di kamera telefon bimbitnya di kawasan rumahnya di Kampong Lambak semalam. Nazhif yang tidak menyangka ia sebuah meteor menjelaskan β€œPada mulanya saya percaya ia hanyalah bunga api, namun merasa hairan tiada mengeluarkan bunyi”. Bola api yang berwarna putih-hijau dirakam tepat pada jam 7.27 malam tersebut telah dimuatnaik di Instagram (@nazhifkhalid) beliau dan telah mendapat perhatian daripada Pihak PABD.

Pada masa yang sama, bola api tersebut juga telah disaksikan dari beberapa daerah di negara ini. Bon Wei Chin, 25 tahun, dari Seria telah menyaksikan bola api tersebut. β€œSaya telah melihat meteor melintasi Bandar Seria sekitar jam 7 malam, dan meluncur berdekatan sebuah bintang yang sangat terang” kata Wei Chin.

Manakala, seorang saksi lagi, Azimah Alipah, 30 tahun, juga melaporkan bahawa beliau telah melihat meteor tersebut dari daerah Tutong. β€œPada petang tadi, saya telah melihat sebutir β€œshooting star” yang sangat terang dari Penanjong Kem selama 5 saat lalu jatuh ke arah laut,” kata Azimah.

Menurut seorang lagi saksi, Mohd Yusbi Ayub bin Yusof, pijaran api tersebut juga dilihat oleh beliau dari kawasan taman Jerudong Park pada sekitar waktu Isyak.

https://www.facebook.com/bruneiastronomy/photos/a.223394471012077/3157585420926286/?type=3&eid=ARDoqUceYuj1keqhC9xZtj5q-5yTYgAgAT4mEq-wMPkeY7_23_HEFqYJcXiCOeNsymVomcuHNPmnnk1N&__xts__%5B0%5D=68.ARDLsrbQp8YJtQEC6yXkfOVMgVancKLW0pyy2yDZ0BBDYErEpzT4_3S8flDG4moC-8NN6WG6lc2uKIVu5fTWUqwMHs7rjFJkFx2WWuNwn05npw15UtjHNlqmnZI8Tb2HMqbZn3nNQRCsfq7FS6HNKkkgrKQLzIAmyHiqeFEhbTTC_nL-4j4WUkdTZBmLthkDJx5jQkKBql1YIqdcu-9MV-7U9A3978clX7bx1OBvYotZJ1PBZ7Aii_Qf4vhKlyKIN3xJ6DVkJA6TGqhEPsnEIy3MVP8kkzSlL57EA2SRboyLbgOOJPiEs1eydVISpjyjv2SXJyGQEg1K8w6-mLn0HGBqDA&__tn__=EHH-R

Meteor adalah sebuah serpihan dari sebuah jasad astronomi di angkasa yang memasuki ke ruang atmosfera bumi, serta lazimnya terbakar disebabkan gesekan antara permukaan meteor itu dengan udara pada kecepatan tinggi. Meteor yang bersaiz besar mampu untuk menghasilkan cahaya api yang sangat terang atau bola api (fire ball) .

Perbezaan meteoroid (di angkasa), meteor (di atmosfera) dan meteorite (jatuh di bumi).
2 thoughts on “Bola Api, Meteor Meluncur dari Langit di Brunei Darussalam semalam, April 12, 2020”

Leave a Reply to siti Aishah binti salleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.