Kenyataan Akhbar: Penafian Mengenai Satu Imej Viral “Kenampakan Anak Bulan Syawal 1440” yang Disebarkan dalam Media Sosial

21 Ramadan 1440H /27 Mei 2019  Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

Berhubung dengan kenyataan yang disebarkan melalui media sosial mengenai dengan satu imej viral bertajuk “ANAK BULAN SYAWAL 1440 ” dengan memaparkan logo rasmi Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), maka dengan ini Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan bahawa persatuan ini  TIDAK PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT DAN  TIDAK BENAR.

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dan percaya akan maklumat-maklumat dan berita yang disebarkan melalui internet atau melalui media-media lain seperti WhatsApp, Twitter dan Facebook tanpa memastikan kesahihannya. Seterusnya orang ramai juga diperingatkan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak turut menyebarluaskan sebarang perkara yang tidak berasas.

Perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih, apatah lagi yang palsu dan direka oleh mereka yang semata-mata berniat untuk mengelirukan adalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang yang ada pada masa ini.

Maka dalam hal ini, Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam menyeru orang ramai untuk melaporkan terus kepada pihak Persatuan ini  jika terdapat sebarang keraguan dan kemusykilan mengenai sebarang maklumat terhadap perkembangan dan aktiviti astronomi di Negara Brunei Darussalam ini melalui Whatsapp Group Chat www.bruneiastronomy.org/whatsapp atau di talian +6738820277 (Setiausaha Agung).

SETIAUSAHA AGUNG
PERSATUAN ASTRONOMI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.